KOMUNITI KITA
150 pelajar sertai kem motivasi

AKTIVITI. Program cuti persekolahan 'School Holiday With Iman' yang diadakan di Surau Al-A'laa, Taman Desa Sena, Seberang Perai Utara (SPU) baru-baru ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 150 murid daripada beberapa buah sekolah.
Program dua hari itu dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga, Taman Desa Sena, SPU dan Surau Al-A'laa.
Menurut penyelarasnya, Sopian Hajar, selain mengisi masa lapang cuti sekolah, objektif penganjurannya untuk melahirkan pelajar Islam yang cemerlang sahsiah, menyayangi keluarga dan mencintai ilmu.
"Antara pengisian program adalah bengkel cemerlang, motivasi serta ceramah mengenai cabaran remaja dan menyayangi agama," ujarnya.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


