SUKAN

GHA bakal lahir pemain hebat

GHA bakal lahir pemain hebat


(DARI kanan) Pengarah Berjaya Clubs, Valen Tan, Pengurus Jenama Mizuno Corporation Japan, Emi Shirohara, Ketua Pegawai Eksekutif RSH (M) Sdn. Bhd., Om Prakash Gupta, David, Pengurus Besar Mizuno Corporation Japan, Morimitsu Andachi dan Andrew bergambar bersama di Bukit Jalil semalam.


MALAYSIA bakal melahirkan ramai pemain golf berwibawa.

Penubuhan Golf House Academy (GHA) yang turut menggabungkan Mizuno Golf School dan Mizuno National Fitting Centre akan merealisasikan impian tersebut.

Ia merupakan inisiatif yang diambil oleh pengedar peralatan golf di negara ini, Golf House.

GHA menyediakan pelbagai kemudahan dengan memainkan peranan membantu memperkemaskan kemahiran seseorang pemain yang bercita-cita mahu menjadi pemain profesional.

Ditubuhkan pada November tahun lalu di Kelab Golf Bukit Jalil, GHA menawarkan perkhidmatan jurulatih yang terbaik, malah sentiasa bersedia menurunkan ilmu kepada pemain muda seawal usia lima tahun yang berhasrat untuk menjadi pemain golf serba boleh.

Pengurus Besar Golf Divisyen RSH (M) Sdn. Bhd., David Leow berkata, Golf House Academy juga berperanan sebagai pusat latihan golf one-stop centre.

"Sejak ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu, akademi itu telah berjaya melancarkan US Kids Learning Program dan ramai pemain golf muda mendapat faedah daripada program tersebut.

"Selain menggunakan peralatan yang berteknologi terkini, tenaga pengajarnya juga terdiri daripada kalangan profesional PGA yang berkelayakan," katanya selepas majlis pelancaran GHA di Bukit Jalil semalam.

Apa yang menarik mengenai GHA ini ialah ia didokong oleh Mizuno Golf School (MGS) yang akan mula beroperasi awal tahun depan dan yang pertama ditubuhkan di luar Jepun.

Berbanding dengan akademi golf yang lain, MGS benar-benar menonjol kerana ia menyediakan program yang sangat komprehensif.

Bermula daripada sejarah golf, latihan metal serta fizikal, pengetahuan mengenai perlatan golf dan cara permainan yang betul, semuanya disediakan di MGS.

Atas sebab itulah GHA dilihat sebagai penggerak utama bagi merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai pemain berwibawa pada masa akan datang.

Menurut ketua instruktor GHA, Andrew Myles, daripada aspek yuran pula, tiada caj pendaftaran dikenakan dan bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, mereka dikenakan bayaran RM650 untuk dua penggal (dua bulan) yang meliputi lapan sesi latihan selama satu jam setengah setiap sesi.

"Latihan akan diadakan setiap hujung minggu dan menjelang cuti persekolahan. Kami turut mengadakan perkhemahan setengah hari pada musim cuti sekolah.

"Bagi dewasa pula caj yang dikenakan ialah RM165 untuk satu sesi, RM475 untuk tiga jam dan RM900 untuk enam jam termasuk penggunaan peralatan dan fasiliti," katanya.

Ditanya mengenai kos penubuhan GHA, Andrew enggan mengulas tetapi mengenai kos untuk peralatan peralatan berteknologi tinggi yang disediakan, ia melebihi RM150,000.

Bagi memeriahkan lagi pelancarannya semalam, Pesta Golf 2009 turut membuka tirainya di Bukit Jalil Golf & Country resort Driving Range.

Pesta tersebut akan menampilkan peralatan terkini sukan golf daripada pengeluar terkemuka seperti Mizuno, Adams Golf, TaylorMade, Ping, Bridgestone, MacGregor, Honma, Callaway dan Titleist.

Peminat golf tempatan digalakkan mencuba peralatan terkini itu di driving range tersebut.

Rencana Utama!»

Impian setiap kaki pancing

MAZNAH (tiga dari kanan) berjaya menangkap seekor ikan layaran seberat 60 kilogram pada hari kedua RPBIC 2014 di perairan Rompin.

Varia!»

Rekrut ahli melalui Facebook

AHLI-AHLI militan ada yang direkrut melalui laman Facebook. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32