SUKAN

Rayuan terakhir Yob untuk terus beraksi dalam Liga M

Rayuan terakhir Yob untuk terus beraksi dalam Liga M

“JANGAN singkirkan Perak dari- pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.”

Itu permintaan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KP- BP), Abdul Jamil Othman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar memberi peluang terakhir kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Justeru, Jamil meminta pihak pengurusan Pafa menyelesaikan segera masalah hutang yang ditanggung oleh badan induk bola sepak Perak itu.

“Pafa perlu mencari jalan penye- lesaian segera agar Perak akan terus beraksi dalam Liga M musim depan.

“Saya cuma berharap semua pihak dapat meminggirkan segala fa- haman politik masing-masing dalam usaha mencari jalan penyele- saian tersebut,” kata Jamil semalam.

Difahamkan, Pafa menanggung pelbagai hutang termasuk tungga- kan gaji para pemainnya yang mencecah RM2 juta.

Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka serta sebuah pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda dilarang menyertai Liga M 2010.

Larangan FAM itu dikenakan kerana kesemua pasukan tersebut gagal memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu sehingga tarikh tutup pendaftaran Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Kelantan ‘dibebaskan’ kerana Kafa telah menyelesaikan hutang-hutang lapuk berjumlah hampir RM1 juta termasuk tuntutan-tuntutan pemain sebelum ini dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Para penyokong Kejor Yob Kejor inginkan Stadium Perak, Ipoh terus ceria dengan sorakan mereka seperti musim-musim yang lalu,” jelas Jamil.

“Saya percaya suasana bola sepak Perak akan suram jika skuad Kejor Yob Kejor tidak dibenarkan beraksi pada musim 2010 kelak.

“Pemain yang berbakat dari negeri ini akan kerugian kerana tidak dapat mempamerkan kehebatan masing-masing hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” tambahnya.


Process time in ms: 47