INFINITI

Lebih moden, trendy

Lebih moden, trendy




BEGITULAH sedikit sebanyak dialog antara seorang polis, Sudin dan isteri Pak Man Tempe yang mengalami masalah pendengaran dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Seringkali kita tertawa kala menonton babak itu dan ternyata elemen seperti itu sering dijadikan bahan jenaka.

Mungkin kerana itu, tidak hairanlah mereka yang mengalami masalah pendengaran bimbang jika orang lain mengetahui yang mereka mempunyai kekurangan itu. Hakikat bahawa alat bantu pendengaran selama ini bersaiz besar dan mudah dikenal pasti, membuatkan mereka enggan memakainya. Mereka lebih rela kehilangan nikmat pendengaran daripada disindir 'si pekak' atau 'orang kurang upaya'.

Sebelum tahun 1900 misalnya, alat bantu pendengaran yang digunakan bersaiz begitu besar seperti hos getah dan ada yang berbentuk trumpet. Sesiapa sahaja akan dengan pantas mengesan anda memakainya. Apatah lagi, anda terpaksa sentiasa membawa alat yang diperbuat daripada loyang yang berat itu ke sana dan ke sini.

"Kehilangan pendengaran membuatkan seseorang individu gagal berinteraksi dengan baik dengan orang lain dan membuatkan dia berasa terasing. Ia membawa bersama perasaan kecewa dan malu," kata ahli audiologi alat bantu pendengaran, Kieran McCarry ketika ditemui di pejabatnya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tetapi, dalam masa yang sama mereka enggan mengenakan alat bantu pendengaran kerana ia mudah dikenal pasti dan rupanya tidak menarik. Mereka tidak mahu orang mengata mereka 'orang kurang upaya'," tambahnya yang sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bisnes bantuan pendengaran.


RUPA alat bantu pendengaran yang kini lebih menarik dapat meningkatkan keyakinan individu yang mempunyai masalah pendengaran.


Berbicara lanjut tentang evolusi alat bantu pendengaran, McCarry memberitahu, secara umumnya, fasa alat bantu pendengaran dibahagikan kepada dua iaitu sebelum tahun 1900 dan selepas tahun 1900 atau era moden pasca elektronik.

Alat bantu pendengaran mengalami perubahan yang besar apabila terciptanya transistor pada tahun 1947 yang membawa kepada adaptasi teknologi mikrofon dan amplifier. Secara umumnya, elemen yang diperlukan dalam operasi alat bantu pendengaran moden adalah mikrofon, siri amplifier dan penerima (receiver).

Alat bantu pendengaran moden bermula dengan bentuk alat bantuan pendengaran saku yang dipakaikan pada tubuh dan disambungkan ke telinga. Kemudian, ia diikuti dengan pengenalan alat bantu pendengaran yang diletakkan di belakang telinga pada tahun 1955.

Memandangkan rupa dan warna coklatnya yang tidak menarik dan tiubnya yang menjalar ke luar telinga, sesetengah orang enggan mengenakannya kerana ia mudah dilihat orang.

Apabila keadaan itu berlaku, para pengkaji alat bantu pendengaran memperkenalkan pula alat bantu pendengaran yang dipakai di dalam telinga.

Terdapat variasi bagi alat bantu pendengaran dalam telinga. Saiznya semakin mengecil tahun demi tahun. walaupun ia dapat 'menyembunyikan' kekurangan, namun, ia masih belum menghentikan masalah.

"Cuba anda sumbat sesuatu ke dalam telinga anda dan cuba bercakap. Selesa tak? Begitu juga dengan alat bantu pendengaran di dalam telinga. Namun, apapun, keadaannya berbeza mengikut individu. Kita tidak boleh mengatakan alat bantu pendengaran di belakang telinga lebih baik daripada di dalam telinga atau sebaliknya," ujarnya sambil menerangkan perubahan inovasi alat bantu pendengaran tidaklah berlaku secara pantas, sebaliknya ia berlaku secara beransur-ansur.


Evolusi alat bantu pendengaran yang boleh dilihat. Tahun demi tahun ia semakin kecil.


Zaman juga mengubah mekanisme operasi alat bantu pendengaran. Sejak pertengahan tahun 1990-an dan seiring era digital, mekanisme digital mula diterap ke dalam alat bantu pendengaran berbanding dengan analog sebelum ini.

Kini, alat bantu pendengaran kembali dihasilkan di luar telinga dengan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan kelihatan seperti aksesori fesyen.

"Pada tahun 2006, hanya 23 peratus daripada pengguna alat bantu pendengaran di Amerika Syarikat yang memakai alat bantu pendengaran di belakang telinga. Namun, sejak tahun 2007, semakin ramai mengenakan alat bantu pendengaran di belakang telinga iaitu pada kadar 54 peratus. Faktor rupa yang lebih menarik dan teknologi yang semakin hebat menyumbang kepada peningkatan ini," ujar McCarry yang juga merupakan pemilik dan Pengarah Urusan Clarisound Professional Hearing Care.

Contoh produk terkini alat bantu pendengaran yang moden dan cukup menarik adalah Audeo YES. Dipakai di luar telinga dan bersaiz kecil, ia membuatkan anda kelihatan seperti sedang mengenakan peranti bluetooth! Siapa yang akan berasa malu apabila memakainya?

"Bahkan, mungkin orang yang melihat anda akan mengatakan ia sangat cool, trendy dan funky. Kadang-kadang ia boleh menjadi pernyataan fesyen bagi seseorang. Ia meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki kualiti hidup.

"Audeo YES juga mempunyai variasi warna untuk dipilih pengguna mengikut cita rasa mereka. Ada sesetengah pengguna memilih warna hitam kerana ia menyamai warna rambut," katanya.

Melihat rupanya, ia mungkin sudah tidak sesuai lagi digelar alat bantu pendengaran, sebaliknya lebih sesuai dipanggil Personal Communication Assistants (Pembantu Komunikasi Peribadi).


Alat bantu pendengaran yang besar pada zaman dahulu membawa kepada pelbagai kesukaran.


Menurut McCarry, peranti baru itu disasarkan kepada mereka yang mahukan kedua-duanya iaitu gaya dan prestasi.

"Peranti revolusi ini menggabungkan secara inovatif kejuruteraan terkini dan rekaan menarik. Ia mampu memberi keselesaan pendengaran walaupun dalam persekitaran yang amat bising, selain mampu melakukan penyelarasan secara automatik.

"Ia boleh menyelaraskan bunyi bising di luar, suara orang bercakap, suara orang yang sedang bertutur dengan anda dan muzik. Misalnya, sekiranya persekitaran tersebut dilatari bunyi muzik yang berkumandang dan ada seseorang sedang bercakap dengan anda, maka ia akan menyelaraskan bunyi mengikut keutamaan iaitu bunyi suara pertuturan," katanya sambil menjelaskan ia dioperasikan dengan menggunakan bateri.

Produk alat bantu pendengaran moden di Clarisound dijual pada harga antara RM900 hingga RM10,000. Sementara itu, Audeo YES pula boleh didapati pada harga sekitar RM3,950 hingga RM9,650.

Clarisound Professional Hearing Care terletak di Lot S-068A, Tingkat 2, South Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur; Lot F-17, Tingkat 1, Centerpoint, Bandar Utama dan Lot 04-46, Plaza Gurney, Gurney Drive, Pulau Pinang. Hubungi 03-2282 1882 untuk keterangan lanjut.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15