NEGARA
Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook

![]() |
|
|
KANGAR - Laman sembang terkenal, Facebook yang mempunyai puluhan jutaan ahli di seluruh dunia menjadi platform kepada pihak tertentu mempersendakan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dengan dakwaan ia akibat virus HIV dan AIDS.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Benny Mice dipercayai dari Indonesia telah memutarbelitkan laporan media mengenai kematian Mahasa Jusoh (gambar kecil), 86, pada 21 September lalu.
Laporan itu mengundang pelbagai komen lucah dan mengaibkan daripada peminat laman sembang itu sejak 20 Oktober lalu.
Md. Isa ketika ditemui semalam terkejut dan kecewa dengan laporan itu memandangkan ibunya meninggal dunia akibat sakit tua.
"Saya begitu terkejut dan sedih apabila arwah ibu menjadi mangsa fitnah mereka yang berniat mahu memburukkan saya,'' katanya.
Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, beliau meminta mereka merujuk sendiri kepada Jabatan Kesihatan Perlis.




Moden chic Jalan Masjid India
Bebas yang bertanggungjawab
Saraf bahu terkoyak