GENK

Warisi bakat melukis bapa

Warisi bakat melukis bapa

Sebagai pelukis komik Yeng Tee tahu dia perlu menghasilkan karakter yang disukai oleh para peminatnya.


YEE Teng kini telah menghasilkan sebanyak enam buah buku komik.


KEBIASAANNYA kanak-kanak sekolah rendah cukup teruja apabila tiba waktu pendidikan seni. Ketika itulah, mereka boleh melukis, mewarna dan sebagainya.

Tetapi, berbeza pula dengan Liew Yee Teng. Dia tidak gemar melukis. Pendidikan seni adalah subjek yang paling dibencinya. Setiap kali guru memberi kerja rumah pendidikan seni, bapanya Liew Koo Hong, 55, yang akan tolong selesaikan kerja-kerja tersebut.

Kebetulan Koo Hong seorang yang berbakat dalam bidang lukisan.


KEBANYAKAN komik Yee Teng bertemakan cinta.


Baginya, cukuplah sekadar Yee Teng mempunyai minat dalam bidang sukan olahraga. Namun bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah, sehinggalah pada suatu hari sedang Koo Hong memotong kayu, kapak yang dihayun terkena salah satu jarinya dan terputus.

"Sejak bapa kehilangan jari, dia tidak dapat membantu saya selesaikan kerja-kerja lukisan. Dari situ, saya terpaksa menyiapkannya sendiri.

"Sejak itu, kebencian saya terhadap subjek lukisan mula berubah. Saya semakin menunjukkan minat lebih-lebih lagi apabila menerima banyak pujian daripada guru-guru," katanya ketika ditemui di tempat Art Square Sdn. Bhd., Cheras, Kuala Lumpur.

Bakat melukis

Siapa sangka gadis yang bersekolah di Sekolah Rendah Sri Sentosa, Kuchai Lama, Kuala Lumpur itu juga mempunyai bakat melukis seperti bapanya. Cuma dia tidak tahu.

Ternyata minat Yee Teng, 27, terhadap lukisan semakin bercambah selepas dia menuntut di sekolah menengah. Pada masa itu juga, kebanjiran komik seperti Sailormoon, Slum Dunk dan pelbagai lagi mula menarik minat golongan remaja termasuklah Yee Teng.

Dia yang gemar membaca komik bersama rakan-rakannya mula mencipta karakter lukisan komiknya sendiri.


YEE mula melukis komik sejak berusia 15 tahun.


Yee Teng yang pada mulanya meluahkan bakat melukis komik sekadar suka-suka, akhirnya mula serius terhadap seni melukis komik.

"Saya mula menghasilkan komik sendiri berjudul Feng De Hai Zi atau dalam bahasa Melayu Lelaki Dingin Seperti Angin sebanyak 32 muka surat semasa menuntut di tingkatan tiga," katanya yang menjadikan hobinya itu sebagai satu kerjaya.

"Walaupun saya dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, saya tolak sebab jiwa saya lebih ter arah menjadi pelukis komik.

"Kebetulan semasa membaca akhbar, saya dapat tahu majalah Gempak (komik pelbagai bersiri) memerlukan seorang pembantu pelukis komik.

"Saya memohon jawatan tersebut dan akhirnya bekerja di Syarikat Art Square Sdn. Bhd.," katanya yang mendapat sokongan keluarga.

Cabaran

Yee Teng kini lebih dikenali dalam peminatnya dengan nama Kaoru. Banyak hasil lukisan komiknya berdasarkan cinta dan fantasi.

Antara lakaran popularnya ialah Helios Eclipse Prologue Siri 1 hingga 8, Kaoru's Cake House, Daiduki, 143 Siri Maskeret Cinta, Colour dan terkini Maid Maiden.




Yee Teng membentuk satu kelompok insan seni yang mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan ikutan remaja masa kini.

Apakah cabaran beliau sepanjang bekerja sebagai pelukis komik? Jelas Yee Teng, tanggungjawabnya sebagai pelukis komik bukan hanya untuk menghasilkan karakter yang dia sendiri suka tetapi apa yang peminat suka.

"Saya tidak boleh syok sendiri ketika berkarya sebaliknya saya perlu melukis karakter yang disukai pembaca. Saya kena tengok apa yang pembaca minat melalui komen yang diterima.

"Bukan mudah hendak melukis karakter yang banyak. Saya perlu peka pada setiap watak yang dilukis agar ia sama pada setiap helaian muka surat.

"Malah, jalan ceritanya juga kena rasional dan bukan dibuat sesuka hati," akui Yee Teng yang adakalanya tertekan dan kekeringan idea semasa berkarya.

Yee Teng gemar menghasilkan komik cinta berbanding komik fantasi kerana jalan ceritanya lebih pendek dan tidak memerlukan kesinambungan seperti fantasi.

Varia!»

Snek sihat sepanjang hari

ESTHER (tengah) menunjukkan menu makanan ringan baharu yang diperkenalkan di restoran KRR, pusat beli-belah Encorp Strand, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16