NEGARA

Taraf PR untuk bekas rakyat - <i>Libatkan lebih 200,000 warga Amerika Syarikat</i>

Taraf PR untuk bekas rakyat - Libatkan lebih 200,000 warga Amerika Syarikat


Jamaluddin (kanan) bersalaman dengan penduduk Orang Asli pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Rompin kelmarin.



KERATAN Kosmo! 12 Oktober 2009.


ROMPIN - Kerajaan disyor menawarkan taraf Pemastautin Tetap (PR) kepada lebih 200,000 bekas rakyat negara ini yang kini menjadi warganegara Amerika Syarikat (AS) bagi mewujudkan rangkaian ekonomi kukuh antara kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kebanyakan bekas rakyat Malaysia yang bekerja di pelbagai bidang profesional dan jawatan penting dalam syarikat multinasional di negara itu mempunyai kekuatan ekonomi yang menguntungkan Malaysia.

"Walaupun mereka bukan lagi rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi rakyat Malaysia tetapi hati mereka masih lagi pada Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini malam kelmarin.

Menurut Jamaluddin, kehadiran bekas rakyat Malaysia ke negara ini dapat menyuntik aliran masuk wang asing yang besar pada setiap tahun.

Tambah beliau, sekiranya seorang daripada mereka membelanjakan sebanyak AS$10,000 (RM38,000) ke negara ini, maka sebanyak AS$2 bilion (RM7.6 bilion) setahun akan disalurkan kepada Malaysia.

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 47