NEGARA

Fikir di luar kotak - Shahrizat

Fikir di luar kotak - Shahrizat


BAGAIKAN BERSILAT... Shahrizat ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu ahli-ahli Wanita UMNO mengorak langkah keluar daripada pemikiran biasa dan tidak hanya mahu menjadi pemimpin wanita semata-mata.

"Kita perlu berfikir di luar lingkungan wanita dan mengorak langkah serta bertindak bagi mendapat pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan yang diberikan selama ini," katanya pada perhimpunan agung pergerakan itu di PWTC semalam ketika menyampaikan ucapan dasar sulungnya setelah dipilih ke jawatan itu pada Mac lalu.

Menurut beliau, kepimpinan wanita merupakan antara tiga isu yang akan diberi fokus segera oleh Wanita UMNO selain isu berkaitan undang-undang wanita dan pengupayaan ekonomi wanita.

Shahrizat menambah, dalam bidang politik, perwakilan wanita di peringkat pembuat keputusan di semua tahap masih lagi rendah kerana berdasarkan statistik pencapaian wanita Malaysia, ia masih jauh daripada tahap 30 peratus yang disasarkan.

Dalam UMNO pula, katanya, bilangan wanita sebagai ahli parti termasuk daripada pergerakan Puteri ialah seramai 1.68 juta orang, namun bilangan pemimpin wanita yang menduduki Majlis Tertinggi (MT) hanya enam orang atau 11.8 peratus.

Iklan@KOSMO!


Process time in ms: 31