SUKAN

Pemilihan yang tepat

Pemilihan yang tepat


AHMAD SHAKIR (tengah) dicalonkan bagi kategori Penyerang Terbaik.


KELIBAT tiga pemain Harimau Muda dalam senarai calon Pemain Harapan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 memang sudah diduga.


IRFAN antara calon Pemain Harapan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009.


Ia langsung tidak mengejutkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.




Tiga pemain skuad bawah 20 tahun (B-20) negara itu telah mempamerkan aksi konsisten ketika membantu Harimau Muda muncul juara Liga Perdana musim ini.

Mereka ialah Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fandi Othman dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin yang bakal dicabar dua lagi calon kategori tersebut iaitu Syazwan Zainol (Perlis) dan Irfan Ghani (Johor).

"Tiga pemain Harimau Muda ini beraksi cemerlang sepanjang tahun ini dan usaha gigih mereka itu wajar diberi penghargaan.

"Langkah menyenaraikan Harimau Muda beraksi dalam Liga Perdana telah terbukti memberi hasil yang cukup baik dan kami akan mewujud- kan pula skuad B-19 untuk beraksi dalam saingan tersebut musim depan.

"Pemain seharusnya melihat Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ini sebagai penanda aras prestasi mereka dan mencari mana-mana aspek yang perlu diperbaiki lagi," kata Azzuddin.

Selain tercalon untuk kategori Pemain Hara- pan, Muslim turut dicalonkan untuk kategori Pertahanan Terbaik.

Dua lagi pemain Harimau Muda, K. Gurusamy dicalon untuk kategori Pemain Tengah Terbaik dan Ahmad Shakir Md. Ali bagi kategori Penyerang Terbaik.

Panel penilai bagi anugerah tersebut terdiri daripada wakil-wakil dari Persatuan Jurulatih Malaysia, pihak media dan juga FAM.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 akan berlangsung di Hotelc PJ Hilton pada 4 November depan dengan 10 anugerah akan dipertandingkan.

Rencana Utama!»

Ambil masa sehari proses serunding

SEBANYAK 160kg serunding daging dihasilkan pada bulan Ramadan berbanding 120kg pada hari-hari biasa.

Varia!»

Cegah penyakit batu karang

SISTEM penghadaman kucing amat berbeza daripada manusia dan haiwan itu tidak boleh diberi makan ikan, nasi atau makanan pedas. -Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32