INFINITI

Masakan lebih sempurna

Masakan lebih sempurna

Anda pasti gembira apabila melihat setiap hidangan yang dimasak menjadi seperti apa yang diinginkan. Bagaimanapun, tahukah anda, penggunaan peralatan memasak turut memainkan peranan penting untuk menyempurnakan setiap hidangan.


KETUHAR Gelombang Mikro LG Grill (MH6388F).


MASALAH utama yang selalu anda hadapi terutama sewaktu menggunakan ketuhar gelombang mikro adalah risiko masakan menjadi terlalu kering dan mungkin hilang keenakannya.

Bagaimanapun, masalah tersebut tidak lagi akan membelenggu suri rumah apabila ketuhar generasi baru daripada LG kini muncul di pasaran. Ia berupaya mengekalkan rasa semula jadi masakan, sekali gus mengekalkan kelembapannya.

Ketuhar Gelombang Mikro LG Solo (MS2388K) yang diperkenalkan baru-baru ini oleh LG Electronics (M) Sdn. Bhd., menyelesaikan isu makanan menjadi kering, keras dan hambar selepas dimasak atau dipanaskan.

Gunakan fungsi Keep Moisture yang ada pada ketuhar itu. Menerusi fungsi lapan program pengekalan lembapan kunci auto khas, kelembapan makanan bukan sahaja boleh dikekalkan, malah masakan sentiasa panas sekali gus menjadi lazat.

Ketuhar Gelombang Mikro LG Solo itu didatangkan bersama pinggan rekaan khas yang sesuai digunakan dalam gelombang mikro. Ia juga memastikan tahap keselamatan kesihatan tidak akan terjejas.

Selain itu, pinggan yang disediakan bersama penutup lut sinar menyingkirkan keperluan mendapatkan bungkusan plastik untuk memasak sekali gus menjadikannya lebih mesra ekologi.

Hidangan panggang

Memanggang makanan di dalam ketuhar gelombang mikro turut berdepan dengan risiko kehilangan kelembapan. Namun, memanggang sehingga sempurna kini boleh dilakukan dengan Ketuhar Gelombang Mikro LG Grill (MH6388F).

Ini kerana tenaga yang didapati daripada rongga bulat di dalam ketuhar gelombang mikro itu membantu mengelakkan makanan daripada terlebih masak. Justeru, bentuk makanan yang dipanggang akan kelihatan lebih elok.

Selain itu, lembapan juga boleh hilang jika kita kerap memanaskan makanan yang dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Namun dengan adanya fungsi Manual Warming yang baru, Ketuhar Gelombang Mikro LG Grill boleh dilaras untuk mengekalkan suhu makanan yang panas dan kadar haba yang sederhana sebaik sahaja makanan itu selesai dimasak.

Lebih menarik lagi, makanan boleh disimpan dalam keadaan panas dan segar sepanjang hari. Begitu juga dengan fungsi Auto Warming yang boleh diaktifkan secara automatik untuk bertindak sebagai pemanas makanan sebaik sahaja fungsi memasak auto selesai.


KETUHAR Gelombang Mikro LG Solo (MS2388K).


Mesra pengguna

Penyenggaraan ketuhar gelombang mikro LG baru itu lebih mudah. Ia berbeza dengan ketuhar konvensional lain yang mempunyai rongga berbentuk segi empat dan penjuru yang tajam.

Rongga bulatnya membolehkan lebihan makanan disingkirkan dengan mudah. Antara ciri-ciri lain yang ada pada kedua-dua Ketuhar Gelombang Mikro LG Grill dan LG Solo adalah jam paparan LED beserta penentu masa. Selain program memasak mudah dan automatik, program mencair beku automatik dan fungsi kunci kanak-kanak turut disediakan.

"LG sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna yang arif menilai teknologi dan reka bentuk sesuatu produk elektrik. Kami turut berharap dapat meningkatkan kualiti hidup para pengguna dengan ketuhar gelombang mikro terbaru ini.

"Ketuhar ini memiliki mekanisme pemanas efisien bagi waktu memasak yang lebih singkat, di samping mengekalkan rasa dan kandungan khasiatnya," kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn. Bhd., T.Y. Ko.

Bagi anda yang tidak lagi mahu berhadapan dengan masalah penggunaan ketuhar biasa, anda boleh mendapatkan Ketuhar Gelombang Mikro LG Grill (MH6388F) pada harga RM569. Manakala harga Ketuhar Gelombang Mikro LG Solo (MS2388K) pula adalah RM429 seunit.

Infiniti!»

Berjaya eratkan silaturahim

PEMBERIAN buah tangan atau oleh-oleh mampu mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima.

Varia!»

Inovasi penggendong bayi

KAIN bedung Ergobaby Swaddler membuatkan tidur bayi lebih lena dan lama.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16