URBAN

Konsep Amerika moden klasik

Konsep Amerika moden klasik

Bercirikan ala Barat, rumah banglo contoh milik Naza TTDI itu kelihatan seperti sebuah kediaman contoh yang penuh karisma.




KEPAKARAN dan kreativiti pereka dalaman Casa Impian Holdings Sdn. Bhd. (Casa Impian) sesuatu yang diketahui umum. Kredibiliti itu telah disunting oleh pemaju perumahan tersohor, Naza TTDI untuk mentransformasikan sebuah rumah contoh projek terbaru mereka di Ampang, Selangor.

Kawasan perumahan elit yang diberi nama The Valley itu membuka peluang kepada pereka dalaman Casa Impian untuk memberikan sentuhan luar biasa.




Dengan rekaan dalaman yang menampilkan konsep Amerika moden klasik, Casa Impian berjaya menonjolkan sebuah idaman yang jarang diguna pakai oleh pemilik kediaman masa kini.

Menggunakan perabot moden, bercirikan reka bentuk Barat, rumah contoh milik Naza TTDI itu kelihatan seperti sebuah kediaman contoh yang penuh karisma dan identiti.




Warna pastel

Ruang tamu utama rumah itu dicat dengan warna pastel. Dindingnya pula dihiasi rona hijau klasik memberi impak yang istimewa kepada para tetamu tatkala melangkah kaki ke rumah tersebut.

"Koleksi perabot yang dihiasi dalam rumah ini direka khas oleh pereka dalaman kami. Selain melambangkan sentuhan ala Barat, aplikasi fabrik tahan lasak sinonim dengan arus modenisasi.

"Dinding pemisah antara ruang tamu dan makan direka khas agar pengunjung dapat merasai perbezaan yang dipaparkan pada kedua-dua bahagian ini," ujar Pengarah Urusan Casa Impian Holdings Sdn. Bhd., Noorlinda Abd. Talib.


MOTIF kerawang di kepala katil di bilik tetamu.


Tambah beliau, penggunaan cermin sebagai titik tumpu menjadikan ruang makan tampak terang sesuai dengan meja makan rona gelap.

Selain itu, perabot ala Barat begitu menyerlah dan serasi dengan cita rasa klasik yang ditonjolkan.

Keistimewaan bilik tetamu di tingkat bawah tampil menawan dengan penggunaan fabrik terpilih dan motif kerawang di kepala katil.


BILIK bacaan yang kemas dan rapi.


Motif kerawang

Tata hias moden bilik itu turut dicetus dengan gaya klasik melalui motif kerawang di kepala katil.

Penggunaan hiasan dinding pada rumah contoh itu dikhususkan untuk ruang keluarga di tingkat satu. Ruang santai tersebut dihiasi dengan dinding kertas bercorak dengan warna terpilih yang bersesuaian.


WARNA krim dan hijau klasik gabungan yang serasi untuk ruang tamu utama.


Lengkap dengan peralatan seperti televisyen dan aksesori, dekorasi ditokok pula dengan hiasan pokok bunga melengkapkan lagi gaya hias penjuru ruang silaturahim itu.

Bilik tidur utama bersiling tinggi sememangnya selesa dengan konsep yang ditampilkan. Gaya kepala katil baldu rona hitam membangkit seri bilik itu dengan gabungan cadar dan almari rona hitam.

Sementara itu, transformasi bilik bayi di tingkat atas cukup menyerlah.

Kombinasi warna merah muda dengan putih mencetus fenomena yang berbeza untuk menyambut orang baru dalam keluarga.

Pilihan perabot yang sesuai dengan aksesori yang bertepatan telah menampil transformasi yang menakjubkan. Ruang santai di tingkat dua begitu istimewa serasi dengan nama yang diberi iaitu ruang cigar.

Transformasi

Ruang yang tampil dengan konsep perbincangan tidak rasmi itu merupakan transformasi yang dihasilkan.

Para tetamu pasti teruja berada dalam suasana perbincangan yang harmoni dan santai.

"Sebanyak 80 peratus kelengkapan perabot di rumah contoh ini direka oleh pereka profesional kami yang tidak boleh didapati di mana-mana kedai perabot.


WARNA cerah menyerlahkan ruang dapur.


"Kediaman yang penuh gaya dengan perabot serta kemasan lembut yang cantik pasti tidak lengkap tanpa aksesori dekorasi sebagai pelengkap kediaman. Sehubungan itu, Casa Impian menampilkan koleksi Casa Impian Living untuk melengkapkan gaya mewah banglo ini," katanya.

Kira-kira 60 peratus aksesori yang dihiasi adalah daripada himpunan Casa Impian Living menggabungkan elemen moden dan klasik seperti jam dinding, lukisan dinding, pasu dan pemegang lilin membangkit suasana kediaman yang tampak mewah dan eksklusif.

Rumah contoh itu turut memaparkan sebuah bilik yang telah diubahsuai menjadi gimnasium.

Casa Impian Holdings Sdn. Bhd. berjaya menampil satu lagi konsep rekaan dan hiasan dalaman untuk diadaptasikan oleh pemilik kediaman sama ada baru mahupun lama.

Pesona!»

Kembali kepada ajaran agama

PENYALAHGUNAAN dadah menyebabkan kehidupan seorang penagih tidak terurus. - Gambar hiasan

Varia!»

Perancangan pewarisan harta

PEWARISAN harta membolehkan kita membantu saudara-mara miskin atau anak angkat yang tidak dikategorikan sebagai waris dalam hukum faraid. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16