RENCANA UTAMA

Menteri pun balik kampung

Menteri pun balik kampung

Ismail Sabri masak untuk 25,000 orang sempena rumah terbukanya di Bera, Pahang.


KELUARGA bahagia. Dari kiri: Dafi, Nasshriq, Ismail Sabri, Nina Sabrina, Muhaini dan Iqbal.


SALAH seorang menteri yang paling sibuk menjelang musim perayaan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Beliau perlu memastikan barangan kawalan tidak dijual melebihi harga siling.

Kelibatnya boleh dilihat di pasar basah bagi meninjau harga ayam dan ikan, di pasar raya untuk menjenguk bekalan gula dan tepung, dan baru-baru ini di stesen minyak berikutan pengenalan petrol jenis baru.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 49, yang segak berbaju Melayu ketika ditemui baru-baru ini, lebih seronok bercerita mengenai hari raya pada zaman kanak-kanaknya.

“Semasa kecil, hari raya memang sangat dinantikan oleh kami adik-beradik.

“Bapa kami bukanlah orang berada, jadi kalau nak merasa pakai baju baru dan makan makanan yang sedap-sedap, terpaksa tunggu hari raya.

“Adik-beradik pula ramai, jadi sambutan raya tentulah meriah. Malam sebelum raya biasanya saya akan tolong mak buat ketupat. Anyamkan daun kelapa, isi beras dan rebus. Ketupat itu ibarat makanan wajib pada pagi raya.

“Lepas solat raya, kami akan pergi ke rumah saudara-mara untuk bermaaf-maafan dan menjamu selera. Menjelang malam pula, saya akan ikut abang-abang bakar mercun dan bermain meriam buluh.

“Seronok bila mengenangkan zaman kanak-kanak sebab masa itulah semua ahli keluarga akan berkumpul,” imbas beliau.


ISMAIL beramah mesra dengan wartawan-wartawan Kosmo! dalam majlis berbuka puasa.


Ramadan yang baru berlalu turut meninggalkan banyak kenanangan.

“Ketika saya menjadi Ketua Pemuda UMNO Bera, Pahang, setiap hari saya akan pergi ke bazar Ramadan dan beli juadah untuk berbuka.

“Selalunya kawan-kawan akan datang ke rumah saya untuk berbuka bersama. Kadang-kadang sengaja saya beli banyak untuk sahur sekali.

Pandu sendiri kereta

“Saya tak cerewet sangat dalam bab makan. Tapi yang wajib ada ialah air soya.

“Sahur pun saya akan minum soya panas,” tutur bapa kepada penyanyi Dafi ini yang pada Ramadan lalu cuma sempat dua kali berbuka puasa di rumah dengan ahli keluarganya.


ISMAIL dan Dafi meraikan anak-anak yatim Baitus Sakinah Wal Mahabbah Sepang di Putrajaya pada 10 September lalu.





Balik kampung adalah satu lagi agenda penting Ismail Sabri. Sebagai menteri, beliau jarang dapat berbuka puasa atau bersahur di rumah.

Jadi, hari raya digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tradisi hari raya anak kelahiran Temerloh ini ialah berkumpul bersama ahli keluarga.

“Setiap tahun saya akan pastikan semua ahli keluarga berkumpul pada hari raya pertama hingga ketiga. Dalam tempoh itu, anak-anak tidak dibenarkan membuat program sendiri.

“Saya mahu mereka mengekalkan budaya berhimpun dengan seluruh anggota keluarga pada hari raya.

“Sebelum jadi menteri lagi, saya akan berada di kampung saya, Temerloh pada hari raya pertama dan kedua.

“Tapi saya akan balik ke Gombak terlebih dahulu untuk beraya di rumah mertua saya.

“Lepas itu, baru saya balik ke Pahang. Biasanya saya akan memandu sendiri tanpa diiringi pengawal peribadi.

“Walaupun sudah bergelar menteri sekarang, saya akan balik sebagai orang kampung dan letakkan diri seperti dulu,” ujar beliau.

Kesibukan bekerja bukan alasan untuk beliau tidak pulang ke kampung meraikan lebaran bersama keluarga.

“Kebiasaannya, semua saudara-mara akan pulang ke kampung termasuk keenam-enam adik-beradik saya yang lain. Dulu masa arwah mak masih ada, setiap tahun kami beraya di Temerloh.

“Saya tak nak anak-anak tak kenal saudara-mara. Walaupun jarang berjumpa, mereka kena kenal juga,” kata bapa kepada empat cahaya mata ini.

Infiniti!»

Beli tiket dengan mudah dan cepat

KAKITANGAN CatchThatBus, Nadiah Syazana Abdullah menunjukkan cara pembelian tiket menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Varia!»

Rawatan bekam ketika berpuasa

BERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16