NEGARA
Hong Leong Flexi FD tawar Nissan X-Trail

KUALA LUMPUR - Hong Leong Bank Berhad (Hong Leong) menyediakan hadiah utama sebuah Nissan X-Trail 2.5L kepada pelanggan yang membuka akaun Flexi Fixed Deposit (Flexi FD) iaitu produk terbaru bank itu yang dilancarkan semalam.
Selain hadiah itu, Hong Leong turut menawarkan kira-kira 5,000 hadiah bernilai RM500,000 kepada pelanggan terawal yang membuka akaun tersebut sehingga 30 November ini.
Antaranya termasuk kamera digital Olympus, kipas keluli tahan karat serta kotak simpanan barangan dwi fungsi.
Ketua Pegawai Operasi bagi Perkhidmatan Pembiayaan Peribadi Hong Leong, Moey Tan berkata, Flexi FD adalah gabungan antara akaun simpanan dan akaun semasa dan ia merupakan produk pertama dalam pasaran.
"Menerusi pengenalan Flexi FD, kami berhasrat untuk mengekalkan penguasaan pegangan dalam pasaran deposit serta yakin dapat mencatat pertumbuhan dua digit bagi simpanan tetap dalam tempoh 12 bulan pertama.
"Ketika ini Hong Leong mempunyai penguasaan pasaran sebanyak 8.5 peratus bagi simpanan deposit individu bernilai RM30 bilion dan kami berhasrat meningkatkan lagi jumlah sedia ada," katanya pada sidang media di sini semalam.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


