HIBURAN
Konsert SS501 di Malaysia

KHABAR gembira buat peminat kumpulan pop terkenal Korea SS501 kerana secara rasminya Malaysia telah termasuk dalam senarai salah sebuah lokasi dalam konsert jelajah mereka Persona Asian Tour.
SS501 telah berkunjung ke Malaysia minggu lalu untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat dijangka mengadakan konsert di Malaysia pada hujung 2009 atau Januari depan.
Mereka yang baru selesai dengan sesi fotografi di Sabah juga menjawab, mungkinkah mereka berlima akan berlakon bersama dalam sebuah drama setelah ketua kumpulan mereka iaitu Kim Hyun Joong meningkatkan populariti kumpulan tersebut setelah terlibat dalam drama popular Boys over Flowers.
"Terima kasih kerana menyokong Kim dan juga kami semua. Baru-baru ini kami semua mendapat tawaran lakonan dan sekarang kami sibuk membaca skrip.
"Cuma tahun hadapan baru kami akan memberi fokus dalam bidang lakonan dan rakaman album, tahun ini kami sibuk dengan konsert jelajah," kata Park Jung Min, salah seorang anggota SS501.
Mereka turut disoal tentang perkembangan kumpulan pop DBSK yang kini di ambang perpecahan setelah mempunyai krisis dengan syarikat pengurusan SM Entertainment.
Bagaimanapun mereka berlima tidak memberi banyak respons terhadap isu perpecahan DBSK dan mengharapkan peminat tetap menyokong kumpulan dari Korea.
"Sebenarnya kami hanya memberi fokus kepada kerja kami sahaja. Itu adalah isu yang sangat rumit dan kami tidak boleh menjawabnya.
"Tambahan, kami dari syarikat pengurusan yang berbeza tetapi tetap menyokong satu sama lain. Saya harap isu itu boleh diselesaikan secara baik," ujar ketua SS501, Kim.




Moden chic Jalan Masjid India
Bebas yang bertanggungjawab
Saraf bahu terkoyak