NEGARA

Buta akibat mercun bola jiran

Buta akibat mercun bola jiran


ZAINUDDIN menitiskan ubat ke dalam mata Mohd. Syafiq di rumah mereka di Flat Paya Nahu 1, Sungai Petani semalam.



KERATAN akhbar Kosmo! Ahad lalu.



INILAH jenis mercun bola yang meletup dan menyebabkan mata kiri Mohd. Syafiq cedera parah.


SUNGAI PETANI - Seorang budak tujuh tahun, Mohd. Syafiq Zainuddin mungkin buta mata kirinya selepas terkena letupan mercun bola yang dipercayai dilempar oleh jirannya sendiri baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Flat Paya Nahu 1 di sini itu merupakan kes mangsa letupan mercun bola yang pertama dilaporkan di Kedah.

Dalam kes terbaru, mercun itu dipercayai dilempar dari tingkat tiga oleh beberapa remaja sebelum meletup di tingkat bawah flat pada kira-kira pukul 8.30 malam Khamis lalu.

Pada waktu itu, Mohd. Syafiq yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Taman Ria berjalan turun dari rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan bersama adik perempuannya, Izzati, 6, untuk pergi ke kedai runcit di hujung blok tersebut.

Bapa mangsa, Zainuddin Che Teh, 39, masih ingat jeritan orang ramai memanggil namanya supaya turun ke bawah pada waktu dia sedang berehat bersama isteri, Bedah Awang Kecik, 38, dan dua lagi anak mereka selepas berbuka puasa.

"Saya bergegas turun dan pada waktu itu melihat Mohd. Syafiq berlumuran darah dan dikeliling orang ramai,'' katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Process time in ms: 47