GENK
Cenderahati tudung
Orang yang berminat dengan fesyen-fesyen tudung dari Surabaya boleh melayari www.awa.com.my. Laman web itu turut menawarkan perkhidmatan menghadiahkan tudung kepada insan tersayang.

LAMAN web www.awa.com.my memperkenalkan reka bentuk tudung yang baru dan eksklusif. Tudung-tudung itu sesuai dipakai bagi menghadiri apa sahaja majlis serta ke pejabat. Tudung-tudung yang didatangkan khas dari Surabaya, Indonesia itu diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi.
Antara jenis tudung yang terdapat di laman web tersebut ialah tudung Taaj Lavender, Taaj Jasmine dan Taaj Arabian yang diperbuat daripada kain rayon dan pashmina shawl yang diimport dari India.
Dengan wujudnya perkhidmatan secara maya itu, anda tidak lagi perlu membazir wang ringgit untuk mengisi petrol dan membayar tol serta parkir. Anda juga tidak perlu lagi membazir tenaga berjalan kaki untuk mencari tudung idaman kerana anda boleh mendapatkan kesemuanya di laman web tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat tempahan melalui talian dalam Internet dan membuat pembayaran secara dalam talian melalui maybank2u ataupun cimbclicks.
Isikan borang yang terdapat dalam laman web tersebut untuk membuat tempahan.
Pastikan anda memberi segala maklumat dengan tepat bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa penghantaran.

Setelah pembayaran anda disahkan, tudung yang anda tempah akan sampai ke tangan anda dalam masa tiga hari bekerja. Sungguh mudah bukan?
Laman web www.awa.com.my juga menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu menghadiahkan tudung kepada orang tersayang seperti ibu, isteri, tunang dan juga kekasih.
Anda hanya perlu membuat tempahan tudung pilihan anda, buat pembayaran dan pihaknya akan menghantar terus ke alamat mereka.
Diskaun juga akan diberikan setelah anda membuat tiga transaksi secara berturut-turut melalui laman web itu.
Sebanyak 10 peratus potongan harga akan dinikmati untuk transaksi keempat dan setiap pembelian seterusnya oleh pelanggan yang sama.
Jika terdapat sebarang kemusykilan, hubungi nombor telefon yang tertera. Anda juga boleh pergi mendapatkan tudung idaman daripada alamat yang disertakan di bawah ini. Harga yang ditawarkan adalah dari RM85 hingga RM95 sehelai.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


