NEGARA

Tegayo edar kapsul susu lebah

Tegayo edar kapsul susu lebah


RUZAILA menunjukkan produk susu lebah yang dijual dalam bentuk kapsul di Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU - Jika banyak syarikat tempatan menggunakan madu lebah sebagai bahan utama untuk memprosesnya menjadi produk keluaran masing-masing, tetapi lain pula bagi Tegayo Marketing (Tegayo).

Syarikat bumiputera itu hanya menggunakan susu lebah sebagai produk utamanya tetapi ia diproses dalam bentuk kapsul bagi memenuhi pasaran tempatan dan juga rantau Asia pada masa depan.

Eksekutif Pemasarannya, Ruzaila Othman berkata, buat masa sekarang syarikat itu hanya memfokuskan kepada pasaran domestik dan sasaran telah ditetapkan untuk meningkatkan jualan melebihi 1,000 botol sebulan mulai tahun depan berbanding sekarang hanya kira-kira 300 botol sebulan.

Menurutnya, susu lebah yang diproses itu akan menjadi debu kering kerana ia lebih berkualiti dan tahan lama berbanding dalam bentuk cecair yang mudah rosak.

Susu lebah atau lebih dikenali sebagai Royal Jelly merupakan makanan tunggal ratu lebah dan ia amat berkesan untuk mengubati 1,001 penyakit.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

Rencana Utama!»

'Obama Indonesia' berjiwa rakyat

JOKOWI(kiri) bersama isterinya, Iriana (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Promosi produk Negeri Sembilan

Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16