SUKAN

FIA cari pengganti BMW

FIA cari pengganti BMW


PASUKAN BMW Sauber gagal bertahan dalam perlumbaan F1.


LONDON - Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) kini secara rasminya sedang mencari sebuah pasukan Formula Satu (F1) bagi perlumbaan musim 2010.

Badan induk perlumbaan F1 itu telah membuka semula proses penyertaan selepas pasukan BMW Sauber mengumumkan menarik diri berkuatkuasa hujung musim ini.

Ia juga ekoran kegagalan BMW Sauber untuk menandatangani perjanjian baru bersama-sama 12 lagi pasukan lain.

Dilaporkan presiden FIA, Max Mosley telah menulis surat kepada tujuh pasukan dalam senarai simpanan selepas pasukan F1 Amerika Syarikat, Manor dan Campos diberi hak penyertaan rasmi dalam proses terakhir pendaftaran pasukan.

Difahamkan pasukan yang diundang menyertai perlumbaan 2010 itu ialah Prodrive, Epsilon Euskadi, Lola, March, Brabham, Lotus dan Team Superfund.

Akhbar Britain memberitahu bahawa Epsilon Euskadi kini menjadi pasukan pilihan.

"Untuk menggantikan tempat BMW mungkin tidak mudah, tapi jika ada kekosongan, kami pasti akan menyertainya," jelas pemilik Epsilon Euskadi, Joan Villadelprat.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan FIA dan Ecclestone. Saya jamin kami akan menyertai F1, saya tidak tahu sama ada ia akan berlaku dalam masa seminggu, sebulan atau setahun." - Agensi


Process time in ms: 78