DIVA INTERAKTIF

Artis mulut jahat

Artis mulut jahat

BARU-BARU ini Diva makan tengah hari dengan seorang teman wartawan yang tengah popular. Borak punya borak, teman Diva yang mesra dipanggil S ini melahirkan rasa meluatnya terhadap penyanyi remaja yang tak begitu terkenal ini.

Sewaktu ditemu ramah S, penyanyi wanita ini asyik mencela rakan-rakan artis yang lain. Pendek kata, semua orang buruk, dia saja yang elok. Dia siap tuduh seorang penyanyi lain dengki kepadanya.

"Daripada awal temu ramah sampai habis, dia burukkan artis-artis yang pernah dia jumpa dan bekerjasama. Dia asyik cakap artis-artis yang lebih senior dan terkenal ini dengkikan dia, sebab itu dia kurang popular. Naik menanah telinga aku dengar," kata si S beriya-iya melakonkan semula aksi penyanyi yang S kata tak macam artis ini.


Diva: Banyak orang lupa nak cermin diri sendiri.

Process time in ms: 47