DIVA INTERAKTIF

Dibela isteri orang

Dibela isteri orang

TENGAH malam minggu lalu masa Diva asyik bersantai, seorang teman Diva menelefon. Katanya dia telefon khusus nak beri cerita hangat kepada Diva. Cerita tentang peserta lelaki sebuah program realiti televisyen yang dibela isteri orang.

Diva dengarkan butir ceritanya. Dia kata, peserta lelaki duda yang berwajah boleh cari makan ini sudah lama dibela isteri orang. "Sebelum dia masuk pertandingan itu lagi. Perempuan itu muda, mungkin kekasih dia agaknya. Tapi perempuan ini sudah berkahwin dengan lelaki tua yang kaya-raya. Jadi kehidupan lelaki itu memang ditanggung isteri orang kaya itu," cerita teman Diva bersungguh-sungguh.

Diva tanya semula, boleh percaya ke cerita ini? Teman Diva balas: "Kalau tak percaya tanyalah budak-budak nakal di kampung mamat ini. Semua orang tahu."


Diva: Dibela suami sendiri.

Process time in ms: 63