DIVA INTERAKTIF

Strategi Anis Aneesa

Strategi Anis Aneesa




RAMAI kawan Diva yang tertanya-tanya siapa Anis Aneesa? Diva pun pada mulanya tak kenal. Rupa-rupanya Anis ini penyanyi. Diva kenal selepas dua kali dia cari publisiti murahan dalam program Melodi. Pertama kali sewaktu dia kata dia dituduh mendera bapa sendiri. Secara jujur, Diva fikir, Anis sebenarnya mereka cerita sebab nak popular.

Kali kedua, bila dia cakap kononnya dia ada hubungan dengan seorang penyanyi terkenal.

Diva ketawa berdekah-dekah mendengar pengakuannya. Rasa macam dua cerita itu direka-reka pula.

Daripada pelakuan Anis, Diva meletakkan dia sebagai artis yang sangat terdesak memasang strategi yang kurang bijak untuk melonjakkan nama. Tapi Diva tahu strategi Anis berjaya sebab ramai yang mula kenal dia.

Cuma buat apa popular dengan cerita-cerita yang kurang baik, kan?


Diva: Diva dengar juga Anis tanya seorang wartawan: "Tak nak interviu kisah cinta ke bang?"

Process time in ms: 31