DIVA INTERAKTIF

Ini kekasih Cheryl?

Ini kekasih Cheryl?


PING HO dan Cheryl nampak semakin intim.


DIVA memang suka dengan keletah pelakon dan pengacara kecil molek, Cheryl Samad. Lakonan dan caranya bercakap memang semula jadi. Kadangkala sewaktu melihat wajahnya di kaca televisyen, Diva tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang dekat dengan diri Cheryl.

Sebelum ini dia pernah digosipkan dengan Amer Ruffedge gara-gara kerjasama dalam album Cheryl.

Sekadar mengusik, Diva dapat cerita kononnya Cheryl kini asyik bercinta dengan pengarah siri Ghost, Ng Ping Ho. Cinta lokasi agaknya ya?

Teman Diva nampak tangan Cheryl erat memegang lengan Ping Ho sewaktu selesai majlis Shout! Awards. Mereka sangat sepadan, kata teman Diva.


Diva: Tunggu teman sejati.

Process time in ms: 32