DIVA INTERAKTIF

Dua kali kahwin dua

Dua kali kahwin dua

MASA dapat berita tentang seorang penyanyi lelaki yang juga terkenal sebagai pelakon ini didakwa sudah berkahwin lagi satu, Diva ketawa saja. Ini bukan kali pertama dia kahwin dua.

Menurut sumber Diva, penyanyi ini berkahwin kali kedua baru-baru ini. Bagaimanapun, sumber Diva tak tahu identiti wanita yang dinikahi penyanyi ini. Cuma katanya, gosip ini sudah mula menjadi buah mulut teman-teman artis yang rapat dengan penyanyi tersebut.

Hai, Diva tak berani nak komen hal rumah tangga orang. Hanya Diva betul-betul simpati terhadap isterinya. Diva ingat selepas mengharungi pelbagai kontroversi sewaktu berkahwin senyap-senyap dengan isterinya itu beberapa tahun lalu, perkahwinan mereka akan menjadi perkahwinan terakhir penyanyi itu. Rupa-rupanya tidak.

Kalau gosip ini fitnah, Diva minta maaflah pada penyanyi yang selalu dicop sebagai bad boy ini. Tapi kalau betul, Diva harap janganlah sampai bercerai dengan isteri pertama. Jalankan tanggungjawab dengan adil.




Diva: Berani ke nak kahwin lagi satu?

Process time in ms: 31