DIVA INTERAKTIF

Scha tinggalkan Fahrin?

Scha tinggalkan Fahrin?


SCHA dan Fauzi (empat dari kiri) menjadi model dalam klip video Mencari Konklusi kumpulan Hujan di Bandung, Indonesia.


SCHA yang sebelum ini hangat digosipkan dengan Fahrin Ahmad, kini dikhabarkan memilih jejaka kacak dari seberang sebagai teman iaitu pelakon, Fauzi Badilla.

Siapalah yang tak cair tengok Fauzi yang memang terkenal dengan lakonan yang hebat dan tubuh yang mantap.

Risik punya risik, rupa-rupanya Scha dan Fauzi bergandingan untuk menjadi model klip video Hujan, Mencari Konklusi yang penggambarannya dilakukan di Bandung. Cantik Diva tengok si Scha disolek menjadi gadis kampung.

Lagu ini merupakan lagu taruhan baru Hujan selepas Pagi Yang Gelap menambat hati pendengar. Diva suka bila bakat kita diterbangkan ke seberang kerana ini menunjukkan bakat pelakon dan penyanyi kita makin diberi perhatian.


Diva: Sudah lama idamkan lelaki macam Fauzi Badilla.

Process time in ms: 47