NEGARA

Basikal tua keliling Semenanjung

Basikal tua keliling Semenanjung


Nor Izam mengibarkan bendera Malaysia sejurus tiba di bandar raya Alor Setar selepas mengelilingi Semenanjung menggunakan basikal tua di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Usah diperkecil keupayaan basikal tua untuk menempuh perjalanan jauh.

Ini kerana kemampuannya sudah dibuktikan oleh Nor Izam Abd. Latif, 27, yang mengayuh basikal buatan tahun 60-an itu ke seluruh Semenanjung dengan perjalanan lebih 2,500 kilometer (km).

Nor Izam memulakan kayuhan di Batu Gajah, Ipoh pada 1 Julai lalu dan semalam berada di bandar raya ini setelah mengharungi tiga minggu perjalanan yang dijadual berakhir di lokasi sama Khamis ini.

Menurutnya, aktiviti itu merupakan Kayuhan Sepeda Tua Jelajah Semenanjung dalam usaha mempromosi basikal tua di kalangan masyarakat.

"Saya pernah bermimpi seorang lelaki membisikkan kepada saya, boleh kayuh lagi jauh. Sejak itu saya berazam untuk mencuba dan ia hampir berjaya," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Sepanjang tiga minggu kayuhan, Nor Izam singgah di Slim River, Petaling Jaya, Nilai, Batu Berendam, Batu Pahat, Johor Bahru, Endau, Pekan, Chukai dan Dungun, Machang, Lenggong, Changkat Jering, Nibong Tebal, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Kangar.

Process time in ms: 62