NEGARA
Heret kerbau seludup sejauh 10 kilometer

TANAH MERAH - Penat mengheret 31 ekor kerbau yang diseludup dari negara jiran sejauh 10 kilometer dari Sungai Golok menuju ke ladang Felda Kemahang bagi lima lelaki tidak berbaloi apabila 'usaha' mereka dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
Kesemua suspek berjaya melarikan diri ke arah hutan tebal di ladang tersebut ketika ternampak 10 anggota PGA.
Selain 31 ekor kerbau yang diheret, PGA merampas 53 ekor lagi di sebuah pusat pengumpulan haiwan itu di ladang kelapa sawit tersebut yang kesemuanya bernilai hampir RM500,000.
Pegawai Pemerintah Batalion 8, PGA, Supritendan Rooslan Radzi berkata, dalam serbuan pada pukul 5.30 pagi itu, dua pasukan ditugaskan untuk mengesan pergerakan penyeludup tersebut yang mula mengheret haiwan itu dari Sungai Golok.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


