NEGARA
Polis Indonesia yakin serangan bom turut didalangi militan Malaysia - 200 peratus kerja Nordin Mat Top

JAKARTA - Pasukan penyiasat Indonesia bekerja keras semalam untuk mengenal pasti identiti dua pengebom berani mati yang menyerang Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di sini kelmarin.
Polis Indonesia percaya serangan berdarah itu didalangi seorang militan dari Malaysia yang mengetuai kumpulan serpihan pergerakan Jemaah Islamiah (JI), Nordin Mat Top.
"Saya yakin 200 peratus bahawa ini kerja Nordin," kata seorang bekas pemimpin JI yang membantu polis, Nasir Abbas.
Polis Indonesia berkata, serangan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton kelmarin dilakukan dua penyerang berani mati yang menyamar sebagai tetamu hotel.
Sebanyak lapan orang termasuk dua penyerang berkenaan maut manakala lebih 50 yang lain cedera. - Agensi
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


