STAILO

Pemilik baru Tepak Sireh

Pemilik baru Tepak Sireh

Butik Tepak Sireh menawarkan pelbagai khidmat dan persediaan sebagai raja sehari.


BUTIK PENGANTIN TEPAK SIREH
91-G, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Laman web: \www.tepaksireh.com\


Bunga seputeh tidak layu,

Daunnya lebar tidak berbatang,

Tepak Sireh kebudayaan Melayu,

Adat penyambut orang datang.

PANTUN empat kerat di atas, menterjemah keunggulan perkakasan tradisional, tepak sireh. Kotak bersaiz kecil yang dihasilkan daripada ukiran kayu ataupun logam itu memainkan peranan penting dalam adat menyambut tetamu masyarakat Melayu.

Selain adat merisik dan meminang, bekas sirih yang bulat dan panjang itu juga mengambil tempat dalam upacara mencukur jambul bayi dalam budaya kaum Melayu.

Perkakas yang sarat dengan sentimen tradisi itu menjadi tanda kepada pelancaran butik pengantin Tepak Sireh di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pemiliknya, Mazuin Eliani Abdul Malik, 34, seorang wanita yang menyanjung tinggi adat resam, budaya dan tradisi masyarakat Melayu.

Dengan semangat itulah mendorong Mazuin Eliani berusaha gigih memajukan Tepak Sireh selepas mengambil alih butik tersebut daripada pemilik lamanya.

Wanita yang lebih mesra dengan panggilan Mazuin itu memberitahu, butik pengantin Tepak Sireh sebenarnya sudah membuka tirai perniagaannya sejak empat tahun lalu.


KELENGKAPAN perkahwinan dari hujung rambut hingga hujung kaki boleh didapati di butik ini.


Rekaan eksklusif

Bagaimanapun, bekas pemilik butik itu telah membuat keputusan menjualnya.

"Pada masa itu, saya sedang mencari peluang perniagaan butik pengantin.

"Tanpa berfikir panjang saya membeli kedai tersebut dengan bantuan suami," katanya kepada Kosmo! pada majlis pelancaran semula Butik Pengantin Tepak Sireh di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Mazuin berkata, sinonim dengan ukiran perkakas tradisional yang indah, butik ini juga menjanjikan perkhidmatan yang berbeza.

"Tepak Sireh mengetengahkan rekaan yang eksklusif, custom-made yang sesuai untuk pasangan yang mahukan kelainan pada hari istimewa mereka.

"Selain menawarkan pelbagai rekaan dan koleksi pakaian pasangan pengantin, butik ini juga memperkenalkan himpunan gaya fesyen tudung yang terbaru," ujar wanita yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu.


SELAIN persalinan, Tepak Sireh turut menawarkan pakej istimewa.



MAZUIN ELIANI ABDUL MALIK



BUTIK Tepak Sireh menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada bakal raja sehari.



PELANGGAN berpeluang mendapatkan rekaan busana pengantin yang eksklusif.


Ibu kepada tiga orang cahaya mata lelaki itu berkata, koleksi tudung rekaan butik itu lebih anggun dan serasi dengan konsep baju serta warna pilihan pasangan pengantin.

Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik itu memberitahu, pasangan pengantin juga turut ditawarkan dengan pelbagai pakej perkahwinan yang berpatutan.

"Setiap pakej yang disediakan mengikut bajet dan kemampuan orang ramai. Sempena hari bahagia, mereka harus mendapatkan yang sesuatu terbaik.

"Pakej-pakej itu terdiri daripada persalinan baju pasangan pengantin, solekan dan dandanan, pelamin, barangan hantaran dan koleksi aksesori," jelas bekas graduan jurusan perakaunan dari salah sebuah universiti di London itu.

Dalam pada itu, butik ini juga menawarkan pakej cukur jambul bayi pada harga yang menarik.

Dengan adanya pakej seumpama itu, sedikit sebanyak ia meringankan beban orang ramai membuat persediaan upacara cukur jambul itu.

Bagi pasangan pengantin yang berminat, anda boleh berkunjung ke butik Tepak Sireh yang beroperasi setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 6 petang.

Kepada yang ingin berkunjung ke butik itu pada hari Ahad dan cuti umum, mereka akan dilayan melalui temu janji khas.

Rencana Utama!»

Ambil masa sehari proses serunding

SEBANYAK 160kg serunding daging dihasilkan pada bulan Ramadan berbanding 120kg pada hari-hari biasa.

Varia!»

Cegah penyakit batu karang

SISTEM penghadaman kucing amat berbeza daripada manusia dan haiwan itu tidak boleh diberi makan ikan, nasi atau makanan pedas. -Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32