NEGARA

Didakwa miliki anak orang utan

Didakwa miliki anak orang utan





ANAK orang utan yang dirampas daripada Mohamed Akbar yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang penternak rusa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru dekat sini semalam terhadap lima pertuduhan termasuk memiliki seekor anak orang utan tanpa permit tiga minggu lepas.

Mohamed Akbar Chiraghdin (gambar), 49, didakwa memiliki seekor anak orang utan yang tidak matang di sebuah rumah di Bukit Sentosa pada pukul 8 malam 11 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 65 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu membawa hukuman denda tidak lebih RM6,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima di tempat dan masa yang sama, Mohamed Akbar dituduh memiliki secara haram tujuh ekor burung kakak tua berlainan jenis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedu-duanya sekali.

Majistret Zuraidah Zakaria mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31