NEGARA

34 ekor lembu curi ditemui semula

34 ekor lembu curi ditemui semula


Sebahagian daripada 34 ekor lembu yang dicuri dan ditemui semula di Menggong, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – “Mereka pijak, tendang dan tetak saya dengan parang sebelum ikat dan kurung saya di dalam bilik bersama isteri dan dua pekerja Indonesia.”

Demikian cerita penyelia sebuah kandang lembu, K. Kannan (gambar), 40, yang diserang sekumpulan 14 lelaki yang kemudian melarikan 34 ekor lembu tenusu yang kesemua berharga RM180,000 di Kampung Air Itik, Menggong di sini Isnin lalu.

Sebelum kejadian pada pukul 9.40 malam, beliau dan isteri yang tidur terjaga kerana terdengar bunyi bising salakan anjing.

Bagi mengetahui apa yang berlaku, Kannan dan isterinya bangun menuju ke dapur sebelum Kannan membuka tingkap.

“Melalui tingkap dapur itu, tiba-tiba kepala saya diketuk sebelum sekumpulan lelaki menerpa ke arah saya dan isteri melalui tingkap sama,” cerita beliau ketika ditemui di Kampung Air Itik di sini semalam.

Ekoran itu, Kannan berkata, beliau cuba melawan tetapi tidak mampu kerana mereka ramai.

Ujarnya, kumpulan lelaki itu telah memukul dan menetak anggota badannya dan menyebabkan tangan kanannya cedera teruk dan terpaksa dijahit 30 jahitan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31