PESONA

Kreativiti merai bapa

Kreativiti merai bapa


MELUANGKAN masa bersama bapa pada hari istimewa antara hadiah yang bermakna buat mereka. - Gambar hiasan





SEORANG lelaki yang bergelar bapa jarang menunjukkan secara zahir perasaan sayang kepada anak-anak, walaupun pada hakikatnya mereka amat menyayanginya.

Bapa juga tidak menunjukkan kasih sayang dengan cara luahan tetapi lebih kepada tindakan.

Anak-anak juga selalu diajar oleh bapa dengan perbuatan dan gerak geri. Mereka juga banyak menggunakan bahasa badan sehingga anak membuat telahan sendiri.

Ini menyebabkan lelaki yang bergelar bapa dihormati dan kadangkala ditakuti oleh anak-anak.

Itulah kredibiliti lelaki yang bergelar bapa. Sempena sambutan Hari Bapa, alangkah elok jika merancang sesuatu untuk meraikan hari yang penuh bererti itu.

Bagi yang tidak tahu bagaimana caranya meraikan Hari Bapa, terdapat beberapa tip yang disajikan buat pembaca Pesona.

1Makan di luarMembawa bapa dan seluruh keluarga menikmati pelbagai hidangan enak di luar. Bawa bapa ke tempat yang digemari olehnya.

2Masak untuk bapa Anda boleh masakkan hidangan istimewa untuk bapa pada hari tersebut.

Jika inginkan kelainan, anda boleh juga mencuba menu Barat seperti piza, spageti, chicken chop dan sebagainya berpandukan buku resipi masakan.

3Kad ucapan Bagi yang kreatif, anda boleh membuat sekeping kad ucapan istimewa. Selain kad ucapan, anda juga boleh membuat buku skrap untuk dihadiahkan kepada bapa. Buku skrap yang dimaksudkan adalah sebuah album yang dihasilkan sendiri dengan pelbagai maklumat termasuk gambar foto, nota dan perkara yang digunakan untuk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa. Anda juga boleh mengumpulkan pelbagai memori dan perkara yang berkaitan untuk tatapannya sebagai tanda penghargaan anda.

4Bersantai Apa kata pada hari tersebut, anda membawa bapa berehat sambil bersantai dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti memancing dan berkelah.

5Keratan akhbar Jika anda tahu menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Illustrator atau Indesign, anda boleh hadiahkan sebuah keratan akhbar tiruan yang menceritakan kehebatan dan pengorbanan seorang insan yang bernama bapa. Anda juga boleh meletakkan gambarnya sekali serta diabadikan di dalam sebuah bingkai gambar.

6MelancongBagi yang mempunyai duit lebih, anda boleh membawa bapa ke tempat-tempat menarik seperti pantai, bandar-bandar menarik atau bersejarah ataupun sekadar lawatan ke rumah rakan-rakan lamanya.

7GajetAnda juga boleh menghadiahkan bapa telefon bimbit, komputer riba, kamera dan sebagainya.

8Tiket umrahBiarpun bapa anda sudah mengerjakan umrah atau haji, tiket umrah yang diberikan oleh anda pasti menggembirakan hatinya.

9Suplemen kesihatanUsia yang menginjak tua kadangkala merisaukan golongan bapa. Justeru, anda boleh menenangkan hati bapa dengan menghadiahkan suplemen kesihatan kepadanya.

10Hadiah kejayaanTidak semestinya wang ringgit atau hadiah yang diingini oleh bapa. Kejayaan anda dalam pelajaran, kerjaya atau hidup berumah tangga juga adalah hadiah yang cukup bermakna buat seorang bapa. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Process time in ms: 32