STAILO

Pelindung mata maskulin

Pelindung mata maskulin

Terdapat lima koleksi cermin mata yang dilancarkan oleh Focus Point khas buat mereka yang menggilai aksesori pelengkap gaya ini.




PENAMPILAN menarik bukan sahaja dinilai berdasarkan gaya fesyen busana atau sepatu, malah pemakaian cermin mata juga adalah salah satu kriteria yang dititikberatkan.

Jika sebelum ini cermin mata merupakan pelengkap kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan, tetapi hari ini fungsinya sudah lebih daripada itu.

Cermin mata kini menjadi aksesori pelengkap gaya yang menjadi trend kepada setiap lapisan umur dan masyarakat.

Seperti menepati cita rasa tersebut, pengeluar jenama optikal terkemuka di Malaysia, Focus Point melancarkan koleksi cermin mata terbaru pada pertunjukan fesyen di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.


FOCUS POINT pengeluar cermin mata berkualiti dan jenama antarabangsa.


Koleksi cermin mata Focus Point 2009, menampilkan lima koleksi cermin mata yang elegan, eksklusif dan berjenama. Antaranya Serengeti, Daniel Hetcher, Lightec, Jaguar dan Thierry Mugler.

Serengeti

Pembukaan fesyen cermin mata diserikan dengan persembahan artistik seni mempertahankan diri budaya Jepun. Biarpun memakai sut dan cermin mata hitam Serengeti, si pemakai masih lincah beraksi.

Pertunjukan tersebut membuktikan memakai cermin mata hitam Serengeti, pelbagai aksi aktif dan tangkas bukan satu masalah. Usah bimbang mengenai silau panahan mahatari atau mata dimasuki habuk dan debu.

Kombinasi material dan teknologi yang digunakan mampu melindungi mata anda dan memberikan pemandangan yang lebih jelas.

Daniel Hechter

Jenama yang diinspirasikan oleh pereka Perancis, Daniel Hechter itu menawarkan koleksi rekaan antarabangsa dan kontemporari untuk jejaka dan wanita yang menghargai stail dan kualiti fesyen.


CERMIN mata Daniel Hecter menggabungkan elemen tradisional Eropah dan gaya sporty.


Rekaan cermin mata Daniel Hecter menggabungkan elemen tradisional Eropah dan gaya sporty yang funky.

Kesempurnaan cermin mata tersebut tambah menyerlah apabila model lelaki menggayakan bersama sut renang dan kostum chef label William Liew.

Lightec

Sejak memeriahkan industri fesyen pada tahun 1998, koleksi Lightec sentiasa mengatasi label saingan yang lain. Ini kerana mereka berupaya menawarkan rekaan yang unik dan maju dari segi inovasi teknologi.

Disebabkan sinonim menggunakan material yang berkualiti dan digabung dengan teknologi, koleksi Lightec sentiasa mendapat pengiktirafan dalam industri optikal.

Koleksi Lightec menawarkan bingkai yang bersesuaian dengan setiap lapisan umur kerana kurang menggunakan sistem skru selain kos pembaikpulih yang murah.


KOMBINASI material dan teknologi tinggi mampu melindungi mata.


Walaupun menggunakan teknologi canggih, cermin mata Lightec masih boleh didapati dalam bentuk moden dan klasik.

Jaguar

Ia direka khas buat golongan lelaki yang berjiwa muda tetapi masih mengekalkan budaya tradisi.

Diperbuat daripada logam dan titanium, bingkai cermin mata Jaguar tahan lasak dan memberi keselesaan kepada si pemakai.

Thierry Mugler

Selain menawarkan koleksi cermin mata untuk lelaki, Focus Point turut menyediakan seleksi untuk wanita.

Thierry Mugler adalah jenama yang memiliki keunikan dan rekaan sofistikated. Koleksi ini boleh didapati dalam warna merah, biru dan hijau dan hanya boleh didapati di butik Focus Point berhampiran anda.

Rencana Utama!»

Ambil masa sehari proses serunding

SEBANYAK 160kg serunding daging dihasilkan pada bulan Ramadan berbanding 120kg pada hari-hari biasa.

Varia!»

Cegah penyakit batu karang

SISTEM penghadaman kucing amat berbeza daripada manusia dan haiwan itu tidak boleh diberi makan ikan, nasi atau makanan pedas. -Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0