URBAN

Mengukur tahap kecergasan

Mengukur tahap kecergasan

Bagaimanakah jenama minuman isotonik 100Plus dapat melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif?




BADAN yang aktif akan melahirkan minda yang sihat. Prinsip mudah itu telah menjadi pendorong ramai pihak mengubah gaya hidup mereka kepada kehidupan yang lebih sihat.

"Individu yang melibatkan aktiviti fizikal dalam gaya hidup mereka akan menjadi lebih peka dan yakin dalam mengejar matlamat dan impian mereka.

"Kehidupan aktif ini bukan sahaja menyumbang dalam kesihatan fizikal dan mental individu, tetapi juga mengurangkan stres, menguatkan jantung dan paru-paru, meningkatkan aras tenaga, menjaga berat badan yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan kesejahteraan komuniti dan sosial," kata Pengurus Besar Pemasaran, Pejabat Serantau Fraser & Neave (Singapura) Pte. Ltd, Chris Ng.


KIRAAN Indeks Jisim Tubuh dan tekanan darah diambil untuk memastikan mereka tidak menghidap hipertensi.


Sejajar dengan usahanya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif, jenama minuman isotonik terkenal, 100Plus telah melancarkan kempen '100Plus Live Active 2009' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kehadiran sebuah trak sepanjang 12 meter dengan 10 tan berat dan sebuah trak enam meter, 3.5 tan berat yang dikenali sebagai Live Active Challenger memberikan kelainan dalam kempen kecergasan mobil ini.

"Live Active Challenger ini membawa lapan cabaran Live Active dan juga Penilaian Kecergasan 10 Langkah kepada orang ramai.

"Ia kenderaan yang menakjubkan dan menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan," kata Chris ketika pelancaran kempen tersebut di pusat beli-belah Sunway Pyramid, baru-baru ini.


MINUMAN isotonik 100 Plus melancarkan kempen 100 Plus Live Active 2009.


Chris memaklumkan 100Plus Live Active Challenger akan meliputi kawasan seluas 5,000 kaki persegi setelah melalui transformasinya.

"Kedua-dua kenderaan ini akan menampilkan lapan cabaran memanjat, senaman dan sukan yang unik seperti RockMaster, Horizontal Horizon, Rope Gladiator, Space Walker, The Spider Web, Flying Bar, SlamJam, Mini Wall dan Penilaian Kecergasan 10 Langkah.

"Penilaian kecergasan yang dilakukan secara percuma ini membolehkan individu mengukur tahap kecergasan mereka dan mengetahui kekuatan jantung, otot, stamina dan fizikal masing-masing," ujar Chris.


TRAK Live Active Challenger membawa lapan cabaran dan Penilai Kecergasan 10 Langkah.


Tambah beliau : "Di samping itu, orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah edisi terhad 100Plus yang menarik sekiranya mereka berjaya melaksanakan aktiviti dan cabaran yang tertentu."

Mengikuti jejak langkah kejayaan kempen yang diadakan pada tahun lalu, konvoi '100Plus Live Active 2009' ini akan melawat 35 lokasi tumpuan utama seluruh Semenanjung Malaysia termasuk pusat beli-belah, pasar raya besar, institusi-institusi pengajian tinggi dan kawasan-kawasan rekreasi sehingga 16 Ogos 2009.

"Tahun lalu, hanya 20 lokasi seluruh negara yang telah kami kunjungi dan mendapat sokongan 70,000 orang.

"Pada tahun ini kempen yang diadakan lebih menakjubkan dari segi saiz dan dipenuhi lagi dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan," kata Chris.


KEMPEN kecergasan ini terbuka pada pelbagai peringkat usiakecuali kanak-kanak.





Didorong oleh kejayaan terdahulu, kata Chris, kempen 100Plus Live Active diadakan lebih menarik dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk melangkah ke arah gaya hidup sihat dengan menyahut cabaran fizikal dalam kehidupan seharian mereka.

"Lebih 80 peratus para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kami tahun lalu berkata kempen ini telah memberi inspirasi kepada mereka untuk hidup lebih aktif," kata beliau tersenyum bangga.

Sehubungan itu, 100Plus mengharapkan jumlah peserta tahun ini sekurang-kurangnya mencapai dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Siapakah kumpulan sasaran kempen ini?

"Kecuali kanak-kanak, kempen 100Plus Live Active terbuka kepada individu pelbagai peringkat usia."

Dengan kepelbagaian aktiviti yang disediakan, Chris menekankan bahawa keutamaan kempen tersebut ialah keselamatan semua pihak terlibat.

Sungguhpun tujuan utama kempen ini ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat, keutamaan kami ialah keselamatan individu. Oleh itu, kami akan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik sebelum menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.

"Di samping itu, kami juga turut menyediakan pertolongan cemas."

Mengambil kira kesibukan hidup masa kini yang menjadi penghalang, 100Plus telah melaburkan banyak masa dan wang bagi menjayakan kempen tersebut.

"Melalui kehadiran kedua-dua trak ini, boleh dikatakan aktiviti sihat kini datang lebih dekat kepada orang ramai.

"Walaupun sebahagian aktiviti yang dianjurkan agak mencabar, namun kebanyakannya direka dengan mengambil kira kepentingan orang ramai," kata Chris lagi.

Oleh demikian, katanya lagi: "Kami mahu memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia supaya mencabar diri untuk hidup dengan lebih sihat."

Inistiatif tersebut bagi Chris sesuai dengan kaitan rapat 100Plus dengan aktiviti kesukanan dan manfaat jenama tersebut.

"100Plus sememangnya amat sesuai untuk menggalakkan dan menyebarkan mesej menyeru kehidupan aktif dan sihat di kalangan rakyat negara ini.

"Kempen ini amat berpadanan dengan moto dan semangat kami 'Atasi Segalanya'," ujar Chris sambil memaklumkan maklumat terkini mengenai lokasi kunjungan 100Plus Live Active Challenger boleh didapati melalui laman web 100Plus (www.100plus.com.my).

Rencana Utama!»

Saat manis bersama Kanang

KANANG kelihatan ceria sambil menunjukkan Pingat Jasa Malaysia yang diterimanya.

Varia!»

Lensa patriotik empat jurufoto

TIEW KIM HU, 65, menghayati kemerdekaan dengan menghias basikalnya dengan Jalur Gemilang.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0