KOMUNITI KITA

Cikgu Rasunah bersara selepas 32 tahun berbakti

Cikgu Rasunah bersara selepas 32 tahun berbakti


RASUNAH (berdiri, tengah) bergambar kenang-kenangan bersama warga pendidik SMK Perimbun, Cheras pada majlis perpisahan sempena persaraan wajib beliau baru-baru ini.


TERIMA KASIH CIKGU. Selepas 32 tahun mencurah bakti sebagai guru, Rasunah Hussain akhirnya terpaksa melepaskan kerjayanya apabila bersara pada tahun ini.

Majlis perpisahan sempena persaraan Rasunah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras, Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu.

Beliau yang merupakan Penolong Kanan Petang sekolah tersebut sejak 2004 diarak keluar oleh warga SMK Perimbun.

Antara acara pada majlis itu ialah memotong kek, bacaan doa dan penyampaian cenderahati daripada semua warga SMK Perimbun.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16