NEGARA

3,000 pemohon berebut 79 kerja kosong

3,000 pemohon berebut 79 kerja kosong


SEBAHAGIAN daripada 3,000 orang beratur sehingga ke tepi jalan untuk memohon kerja status kontrak di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Lebih 3,000 pencari kerja yang datang dari seluruh negeri Kedah sanggup beratur panjang di tengah panas terik semata-mata kerana ingin merebut tawaran 79 jawatan kosong di Jabatan Pelajaran Kedah di sini semalam.

Mereka sanggup berbuat demikian walaupun pekerjaan yang dipohon itu sekadar status kontrak selama enam bulan membabitkan jawatan guru siswazah, pegawai tadbir, penolong pegawai tadbir dan pembantu tadbir.

Namun, ia bukan penghalang kepada para pemohon termasuk yang hadir dengan pakaian kemas dan bertali leher untuk beratur sehingga tepi jalan seawal pukul 7 pagi di luar pagar Dewan Teknologi Pendidikan Negeri. Kehadiran mereka menjadi punca kesesakan sejauh satu kilometer di Jalan Stadium di sini.

Seorang pencari kerja, Mohd. Faizal Hamirullah, 26, berkata, dia terpaksa menunggu dan beratur selama tiga jam sebelum dapat memasuki kawasan kompleks itu dan mendaftar diri.

"Saya tetap menaruh harapan untuk mendapatkan kerja ini walaupun terlalu ramai orang hadir," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Rencana Utama!»

Kallas buatan anak tempatan

PROJEK penggantian kubah dan kallas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini siap sepenuhnya awal tahun ini.

Process time in ms: 31