STAILO
Iz pastikan kulit bersih
Dikenali sebagai selebriti yang sangat teliti dalam menata rias gaya, penyanyi baru itu mengakui mementingkan kebersihan dan kecantikan diri.
![]() |
|
IZ menyifatkan penjagaan kulit wajah juga penting bagi golongan lelaki, |
BIARPUN tidak tersenarai dalam kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Bintang Popular 2008, Iz, 26, atau nama sebenarnya Ezuan Sulaini, tidak kisah untuk ke Genting Highlands bagi memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada rakan artis.
Tetapi, penyanyi baru yang membina nama menerusi rancangan realti TV, One In The Million itu tidak menyangka pada acara besar tersebut, namanya dinobatkan untuk menerima anugerah Pakaian Terbaik.
"Tahniah kepada pereka fesyen Hatta Dolmat kerana berjaya menterjemahkan personaliti saya menerusi rekaan hebat itu," jelas anak pertama daripada enam orang adik-beradik yang kerap dilihat menghadiri acara pertunjukan fesyen dan kecantikan.

![]() |
|
|
Terbaru, jejaka berbintang Gemini itu melahirkan rasa bertuah kerana terpilih untuk menggunakan produk kecantikan kulit ZO Skin Health oleh pakar dermatologi Dr. Zein Obagi.
"Saya tidak malu malah berbangga memberitahu saya merupakan lelaki yang gemar menjaga kecantikan dan kebersihan kulit.
"Selepas dua minggu mencuba produk ZO yang terdiri daripada pencuci muka dan pelindung sinaran UV, hasilnya begitu memuaskan. Kulit tidak berminyak dan mengurangkan pertumbuhan jerawat," terang graduan lulusan Sarjana Silang Budaya dan Komunikasi, Universiti RMIT, Melbourne, Australia.
Sepanjang sesi pertemuan bersama Stailo, penggemar fesyen funky itu, tidak henti-henti bercerita pengalaman manis ketika menuntut di peringkat sarjana.
Antaranya berpeluang menjelajah ke Hong Kong, China dan Singapura seorang diri dengan hanya bertemankan kamera video kesayangannya.
Trip tersebut bertujuan menemuramah pakar pemasaran, pengiklanan dan pengarah beberapa syarikat terkemuka sebagai sumber laporan tesisnya, Komunikasi Antarabangsa.






Moden chic Jalan Masjid India
Bebas yang bertanggungjawab
Saraf bahu terkoyak