NEGARA

Empat pelajar UiTM maut kemalangan

Empat pelajar UiTM maut kemalangan


Keadaan kereta yang mengorbankan empat pelajar UiTM dalam kemalangan di Sungai Petai dan Lebuh AMJ, Melaka kelmarin.


MELAKA - "Biasanya saya akan jemput dia di kampus UiTM di Lendu, namun malam tadi (kelmarin), dia minta saya tunggu di Melaka Sentral.

"Kira-kira 10 minit sampai di Melaka Sentral, saya terima panggilan telefon maklumkan anak saya kemalangan."

Demikian cerita Kamaliah Hassan, 57, ibu kepada Muhamad Zaki Jasmi, 23, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan bersama tiga lagi rakannya.

Semasa kejadian pukul 11.15 malam kelmarin, Zaki menumpang kereta Toyota GL rakannya dan kemalangan itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai dan Lebuh AMJ.




Cerita Kamaliah, setengah jam sebelum kejadian, anak ketiga daripada empat beradik yang mengikuti kursus diploma pengurusan pejabat di UiTM menghubungi dan meminta dia menjemputnya di Melaka Sentral.

Bagaimanapun, katanya yang berasal dari Telok Mas di sini, penantiannya untuk berjumpa anaknya bertukar tragedi.

"Saya terima panggilan melalui telefon arwah tetapi orang lain bercakap dan memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka (HM) semalam.

Turut terbunuh pemandu kereta Toyota, Mohd. Nafil Kosnon, 20, dari Sungai Besar, Selangor; Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Jerantut, Pahang dan Mohd. Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Process time in ms: 15