URBAN

Khidmat talian ejen hartanah

Khidmat talian ejen hartanah


KAKITANGAN propertrack.com sentiasa bersedia melayan ejen hartanah dan pelanggan yang datang.


PORTAL hartanah tempatan, propertrack.com menjangkakan dengan pelancaran inovasi perkhidmatan talian terbarunya, free.2.list, ia akan dapat membawa pendedahan yang lebih meluas kepada ejen-ejen hartanah tempatan di peringkat antarabangsa.

Inovasi perkhidmatan terbaru itu juga diharap dapat berganding bahu dengan portal-portal hartanah yang sedia ada untuk menarik minat pembeli dan penanam modal hartanah antarabangsa terhadap potensi hartanah di Malaysia yang semakin mendapat perhatian pasaran dunia.

Menurut Pengarah Bersekutu (Inovasi Perkhidmatan) Asia Move Machine Sdn. Bhd., Mohd. Hisham Saleh selaku pemilik jenama propertrack.com, pihaknya banyak menerima permintaan untuk menghasilkan satu produk yang berguna bagi golongan ejen hartanah.


HISHAM SALEH


"Permintaan ini datangnya daripada ejen-ejen hartanah dari agensi bersaiz kecil dan sederhana yang sering melayari portal propertrack.com dan mereka yang berkunjung ke pusat pemasaran hartanah kami.

"Rata-ratanya mencadangkan agar kami menghasilkan satu produk yang dapat membantu portfolio hartanah mereka secara profesional, berkesan dan menyeluruh," katanya.

Pelancaran perkhidmatan talian terbaru itu, dihasilkan khusus secara percuma hanya kepada ejen-ejen hartanah tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

Ia adalah selari dengan kebimbangan yang disuarakan oleh LPPEH terhadap peningkatan bilangan ejen hartanah haram yang semakin berleluasa.

Selain itu, katanya, banyak laman web hartanah tidak mempraktikkan cara sebegini dan ia secara tidak langsung telah menyebabkan impak yang negatif kepada industri hartanah negara secara keseluruhannya.


ANTARA hartanah yang dipamerkan di pejabat propertrack.com di Kuala Lumpur.


Pada masa yang sama, propertrack.com juga telah melebarkan liputan hartanahnya ke seluruh negeri di Malaysia.

Tambahnya, dengan liputan meluas ke seluruh negeri di Malaysia, ejen-ejen hartanah di luar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang seperti ejen hartanah dari Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching juga dapat berkongsi dan memanfaatkan perkhidmatan yang telah dirancang oleh portal propertrack.com dan pusat pemasarannya sejak 2007.

"Kebanyakan pemohon program Malaysia My Second Home (MM2H) yang berkunjung ke propertrack.com begitu berminat dengan hartanah dari luar Kuala Lumpur.

"Justeru, dengan penglibatan propertrack.com dalam pelancaran MM2H Info Desk beberapa bulan lalu, jurang yang sebelum ini menghalang kami akan dapat diatasi dan masalah-masalah birokrasi yang kami alami akan berkurangan," kata Datuk Kamaruddin Abu, Pengerusi Malvisa (MM2H) Sdn. Bhd., salah sebuah agensi berdaftar MM2H yang menggunakan khidmat pusat pemasaran hartanah propertrack.com.

Perkhidmatan free.2.list mudah digunakan iaitu ejen hartanah boleh mendaftar secara dalam talian dan memuat naik sehingga 30 hartanah pada setiap bulan secara percuma.




Setiap hartanah yang dipasarkan mestilah bernilai RM250,000 ke atas dan ini selari dengan spesifikasi MM2H dan bagi hartanah dari Sabah dan Sarawak pula, nilai pasaran mestilah bernilai RM350,000 ke atas.

"Kami memahami susah payah mereka yang telah banyak membantu dalam perkembangan industri hartanah negara. Dengan pendekatan yang berbeza ini, ditambah lagi dengan adanya pusat pemasaran hartanah sebagai pusat hubungan berpusat, ia akan dapat membantu mempromosi dan memberikan faedah jangka panjang kepada hartanah Malaysia di peringkat antarabangsa," tambah Hisham.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 47