KOMUNITI KITA
Tak nampak tapi mampu kayuh basikal 250 kilometer

JOM KAYUH. Lebih 150 ahli Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (Pradas) bersama 23 orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan menyertai program kayuhan basikal 'Jom Kayuh' dari Klang ke Ipoh iaitu sejauh kira-kira 250 kilometer.
Semua peserta program 'Jom Kayuh' itu memulakan kayuhan di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang pada pukul 7 pagi kelmarin dan tiba di sebuah hotel berhampiran stesen kereta api Ipoh sekitar pukul 6 petang.
Menurut penolong pengurus projek, Ruslan Abdul Latiff, program kayuhan basikal tersebut dijalankan secara berganti-ganti setiap 25 kilometer dengan sembilan tempat perhentian.
Selain OKU cacat penglihatan, antara peserta lain yang menarik perhatian ialah peserta dengan kaki kanan palsu, Chah Yew Lay, 51, dan peserta paling tua Abdul Ghafar Abd. Razak, 67.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
Kanak-kanak suburkan bumi
SLE penyakit seribu wajah


