STAILO

Fesyen lelaki lebih sukar

Fesyen lelaki lebih sukar

Mereka baju lelaki lebih sukar kerana gaya dan fesyennya yang terhad.





CUBA ajukan soalan kepada pereka pakaian lelaki mengenai koleksi rekaan mereka. Pastinya jawapan yang diberi ialah perincian milimeter dan mikrokospik.

Itulah yang dipraktikkan oleh pereka fesyen Veronique Nichanian, label mewah Hermes dan Franck Boclet yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan dan koleksi fesyen lelaki di butik Ungaro.

Kesemua himpunan pakaian lelaki daripada dua pereka profesional itu bergerak pantas dan turut menyumbang perkembangan fesyen wanita di seluruh dunia.

Veronique Nichanian, 50, menceritakan pada asalnya beliau dilatih mereka pakaian wanita tetapi secara kebetulan pekerjaan pertama yang diperoleh adalah berkhidmat dengan jenama pakaian lelaki Nino Cerruti tiga dekad lepas.


KOLEKSI baju lelaki memerlukan idea kreatif dan fabrik yang sesuai.


Sejak itu, beliau berazam untuk terus mereka pakaian lelaki.

"Sudah tiga dekad berkecimpung dalam bidang ini. Masa berlalu begitu pantas tanpa saya sedari.

"Pakaian lelaki begitu memukau dan dekat dengan diri saya. Saya seorang individu yang tekun dan teliti. Mencintai perincian dan gemarkan kekemasan," katanya ketika ditemui pada pertunjukan tahunan fesyen pakaian lelaki di Milan.

Butik mewah Hermes merupakan jenama yang popular dan terkenal dengan pembuatan kulit. Produk yang dihasilkan juga berkualiti dan dijual pada harga yang tinggi.

Tambah Nichanian, selama 12 tahun mengendalikan butik Hermes ia memberikan pengalaman manis buat dirinya.

Sementara itu, Boclet yang baru setahun bertugas di butik Ungaro selepas menjalani latihan sebagai jurutera tekstil dan rekaan di Arrow, Courre menyifatkan gedung fesyen Ungaro dikenali kerana kualiti fabrik dan kulitnya.

"Kami bebas memilih dan menggunakan bahan-bahan yang sesuai," katanya yang fanatik pada perincian tentang ukuran potongan bahu, membaiki poket baju atau mereka seluar panjang.




Di Ungaro, kumpulan pereka memiliki ekspresi dan kreativiti yang meluas dalam teknik potongan, pemilihan fabrik dan rekaan. Bagi Boclet, perkara yang paling penting dalam tugasnya ialah memastikan pakaian itu dijahit dan dihasilkan dengan sempurna.

"Saya begitu teruja melihat pakaian yang sempurna digantung kemas. Menghasilkan pakaian lelaki bukan mudah dan kami perlu pantas mencari idea baru kerana setiap enam bulan, kami perlu tampil dengan koleksi baru," jelas Boclet.

Kedua-dua pereka berkebolehan itu mengakui pakaian wanita lebih mudah untuk direka dan dihasilkan dari segi gaya, pemilihan warna dan corak sekali gus trend fesyen mereka akan berubah-ubah setiap tahun.

Namun rekaan pakaian lelaki agak terhad. "Benar, baju lelaki lebih sukar dibuat kerana gaya dan fesyennya begitu terhad. Setiap koleksi yang dipamerkan di pentas peragaan adalah sama seperti di butik.

"Tidak seperti busana wanita yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai teknik dan potongan," jelas Nichanian.


JAKET kulit merah yang digayakan bersama seluar berwarna gelap merupakan koleksi Hermes.


Sejak dulu lagi lelaki tidak pernah lekang daripada sut, tali leher dan baju-T.

"Biarpun stail pakaian lelaki sama sahaja tetapi perubahan masih dilakukan seiring peredaran zaman. Antaranya kecenderungan fabrik yang lebih ringan dan nipis, teknik jahitan dan struktur corak yang dipraktikkan.

"Saya sentiasa mengembara ke seluruh dunia untuk mencari dan mendapatkan bahan-bahan yang baik seperti fabrik teknologi di Jepun, tekstil berwarna; di India manakala kain putih lembut dan kain berbulu di Britain dan Scotland."

Jelas Boclet, untuk menjadi seorang pereka pakaian lelaki yang berjaya, individu itu perlu bijak menggabungkan teknik teknikal dan berjimat.

"Mereka pakaian lelaki melibatkan fabrik, corak, perincian dan ukuran. Faktor ini turut diamalkan oleh kumpulan pereka sejak dulu lagi.

Jelas Nichanian, lelaki zaman moden tidak hanya menggayakan pakaian sut sedondon. Ini kerana mereka sudah bijak dan berani menggenakan sut kulit bersama seluar jean kasual.

"Saya gemarkan lelaki yang bergaya dan menggenakan pakaian yang sesuai," katanya.

Boclet menyarankan supaya lelaki menjadi seperti wanita yang bebas dan tidak pernah kekal pada satu gaya saja.

"Setiap hari lelaki perlu memilih pakaian yang disukai dan diminati," katanya. - AFP

Varia!»

Logo kuih baulu Politeknik Metro

PARA pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Politeknik Metro Kuala Lumpur menggunakan sistem giliran bertugas bagi menyiapkan kuih baulu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16