KOMUNITI KITA

Berkonvoi kutip derma

Berkonvoi kutip derma


KHAIRIL (kanan) menyerahkan hasil kutipan Kelab Myvi untuk Tabung Dakap kepada Farouq Zauji di Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.



SIMPATI. Ahli Kelab Myvi Malaysia Bahagian Selatan tidak mahu ketinggalan menghulurkan sumbangan untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

Baru-baru ini mereka menyerahkan hasil derma berjumlah RM1,630.41 yang dikutip melalui program konvoi dari Johor ke Melaka selama tiga hari bermula Sabtu lalu yang disertai 25 buah Myvi yang membawa 10 tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) yang disediakan pihak Islamic Relief Malaysia (IRM).

Menurut Ketua kelab itu, Khairil Shah Anuar, konvoi berkenaan bermula di Plaza Tol Skudai dan singgah di setiap kawasan Rawat dan Rehat untuk mengutip derma selain kutipan di Eye on Malaysia dan beberapa kawasan sekitar bandar Melaka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47