SUKAN
Rentak Liverpool tidak terjejas
![]() |
|
KUYT (depan) gagal memberi impak di Anfield. |
![]() |
|
|
WIGAN - Liverpool sedia melupakan krisis dalaman apabila berkunjung ke Wigan pagi esok dengan harapan untuk meletakkan kembali misi mereka menjuarai gelaran Liga Perdana England.
Keputusan seri 1-1 dengan Everton Ahad lalu sekali lagi mencetuskan spekulasi baru mengenai masa depan penyerangnya, Robbie Keane di Anfield.
Keane, 28, hanya beraksi satu perlawanan dalam Liga Perdana England tahun ini dan sama ada dia diturunkan pada pertemuan di Stadium JJB esok akan menjadi penentu kepada nasibnya bersama Liverpool.
Terdapat juga kesangsian terhadap Dirk Kuyt yang bakal menamatkan kontraknya musim depan selain kontrak Daniel Agger yang akan berakhir pada musim panas 2010.
Meskipun Agger menafikan dia akan berhijrah ke AC Milan, pemain antarabangsa Denmark itu bagaimanapun mendedahkan bahawa pegawai The Reds masih belum lagi memulakan perbincangan mengenai kontrak barunya di Anfield.
"Ia terpulang kepada Liverpool sekarang," kata Agger.
"Saya masih belum mendengar sebarang berita daripada kelab ini sejak awal November lalu.
"Tiada sebab untuk menetapkan jangkaan yang terlalu tinggi ketika ini. Secara jujurnya, saya tidak tahu sama ada mereka akan menawarkan kontrak baru kepada saya."
Benitez sedar pasukannya mesti memperbaiki prestasi semasa mereka yang mana menyaksikan mereka tercicir empat mata dalam dua perlawanan terakhir ketika seri dengan Stoke dan Everton. - AFP
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.






Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


