STAILO

Empayar Bedat

Empayar Bedat


GABUNGAN warna coklat gelap dan kuning air menampilkan suasana elegan.



USAHA keras dan daya kreativiti dalam melahirkan jam tangan bermutu dan berkualiti telah membuka mata penggemar jam tangan mewah mengenali jenama Bedat & Co dari Switzerland. Ia diasaskan oleh Christian Bedat dan ibunya, Simone Bedat, sekitar bulan Oktober 1996.

Kini empayar jam tangan eksklusif sudah melebarkan sayapnya di Starhill, Kuala Lumpur. Pelancaran butik jam tangan pertama Bedat & Co itu bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab seni pembuatan jam di Asia Tenggara.

Konsep butik: Berkeluasan 1,100 kaki persegi. Menampilkan konsep mewah kerana dirasakan bersesuaian dengan koleksi jam tangan yang ditawarkan. Penggunaan warna coklat gelap dan kuning air menyerlahkan suasana elegan, sekali gus ia berkait rapat dengan gaya hidup yang sofistikated.

Rekaan dan warna: Bermula dari pintu masuk, ruang tamu, dan kaunter bar yang ditempatkan di sudut yang kecil, semuanya tampak mewah dan menarik walaupun tidak dihiasi dengan dekorasi yang sarat. Susun atur dalam butik yang kemas, sistematik dan koleksi jam tangan yang diletakkan di dalam laci berkaca memberi keselesaan dan kebebasan untuk membelek jam tangan.

Menawarkan: Pelbagai koleksi jam tangan yang didatangkan dalam warna, tali, permata, rekaan dan hiasan yang berbeza-beza. Sesuai digayakan oleh golongan wanita dan lelaki atau dihadiahkan kepada insan tersayang.

Lokasi: Butik Bedat & Co, UG31, aras Adorn, Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2141 2881.

Process time in ms: 15