DUNIA

Venezuela putus hubungan Tel Aviv

Venezuela putus hubungan Tel Aviv

CARACAS – Kerajaan Venezuela dan Bolivia kelmarin menamatkan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah serangan kejam tentera Israel di Genting Gaza.

Keputusan tersebut diambil seminggu selepas Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengusir duta Israel dari negara berkenaan.

Pemimpin Bolivia, Evo Morales menyatakan pihaknya yang memutuskan hubungan dengan Tel Aviv akan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengenakan dakwaan pembunuhan kaum terhadap para pegawai Israel berikutan serangan di Gaza. – AP


Process time in ms: 62