KESIHATAN

Ginseng untuk lelaki

Ginseng untuk lelaki

Lantaran kekuatan dan kecergasan terlalu sinonim dengan ciri maskulin, kekurangannya menjadikan lelaki umpama pinggan yang sumbing di tepi. Mereka memerlukan ginseng.




SENARIO lelaki moden yang mudah penat dan sering lesu semakin hari semakin sering kelihatan. Puncanya tiada lain disebabkan beban masalah kerja, rumah tangga dan keluarga, mahupun masyarakat sekeliling yang berlonggok, digalas dari sehari ke sehari berikutan tuntutan hidup yang semakin deras arus perjalanannya.

Memburukkan lagi keadaan adalah gaya hidup masa kini seperti banyak mengambil makanan segera atau diproses, merokok dan sebagainya yang meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam tubuh.

"Lelaki apabila kurang tenaga, akan mudah penat dan lesu. Jika keadaan ini berterusan, ia akan membuatkan mereka lebih cepat melenting," ujar Ahli Farmasi dan Pengurus Unit Kumpulan Farmasi Vitacare, Mohd. Farik Abdul Rahman.

Kesan kurangnya tenaga tidak terhenti di situ. "Apabila tubuh penat, hendak bersukan pun tidak larat. Kelak stamina juga berkurangan.

"Akibat tekanan, tidur pula tidak lena dan tidak mencukupi, seterusnya mengganggu penghasilan hormon dan tidak mustahil ia akan turut menjejaskan kemampuan seksual," tambah Mohd. Farik.

Penyelesaiannya?

"Selain tongkat ali, ginseng adalah alternatif terbaik kerana sejak dulu lagi ujian klinikal membuktikan kemampuannya memulihkan tenaga dan menjadi amalan kebanyakan ahli sukan di negara kita sendiri," kata Mohd. Farik.

Ginseng Korea atau Ginseng Panax yang berasal dari China dan Korea adalah antara kandungan yang dapat ditemui dalam kebanyakan produk kesihatan berasaskan bahan ini.

Keupayaannya termasuklah untuk memulihkan tenaga serta meningkatkan stamina, sistem imun dan kecergasan tubuh.

Ia juga melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecerdasan minda, merangsang tubuh bagi merawat kesakitan fizikal atau mental, mengawal capaian kepuasan hubungan kelamin, mengandungi antioksida dan dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah.


GINSENG Korea membantu dalam banyak aspek kesihatan kecuali mengawal tekanan, yang hanya dapat diselesaikan dengan khasiat Ginseng Siberia.


Sekali gus, ini dapat membantu penghidap diabetes yang 50 peratus lebih berisiko untuk menghidap mati pucuk (ED), keadaan kesihatan yang banyak bergantung kepada saraf, salur darah, hormon testosteron dan fungsi otot, kerana diabetes boleh merosakkan salur darah dan saraf yang mengawal ereksi.

Jika ED berlaku, ia akan menyumbang kepada tekanan yang lebih besar dan lelaki akan terus keletihan.

"Bagaimanapun, khasiat ginseng jenis ini tidak dapat membantu pengguna mengawal tekanan.

"Ginseng Siberia atau Elutherococcus Senticosus sebaliknya boleh memberi kesan adaptogenik, iaitu membantu badan mengimbangi tekanan dalam diri lantaran keupayaannya mengawal atau mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang mencetus rasa marah atau simptom tekanan darah tinggi," jelas Mohd. Farik

Pada kebiasaannya produk kesihatan hanya mengandungi salah satu jenis ginseng, menyebabkan pemulihan tenaga lelaki bersifat tidak lengkap dan sebaliknya menimbulkan keadaan kesihatan yang lain.

Hanya baru-baru ini ditemukan kedua-duanya hadir seiring dalam produk Formula Lelaki keluaran Safwa Health Products Sdn. Bhd.

Dua lagi bahan yang membantu mengimbangi peranan kedua-dua jenis ginseng ini ialah Tribulus Terrestris dan Muira Puama.

Peranan Terrestris lebih bertumpu pada penghasilan testosteron, sel darah merah dan meningkatkan libido yang sekali lagi dapat menyumbang dalam usaha merawat ED.

Bahan yang digunakan secara tradisional sebagai tonik oleh masyarakat Cina dan India ini juga memiliki sifat antiseptik dan antiradang.




Muira Puama pula terkenal dalam kalangan orang asli Amazon sebagai herba aprodisiak untuk meningkatkan keupayaan seksual. Ia bertindak sebagai tonik untuk sistem saraf dan kelesuan.

Dihasilkan di New Zealand dan Australia, cop halal produk ini diperoleh dari New Zealand.

"Kami memilih untuk menghasilkannya di kedua-dua negara itu kerana ia adalah negara pengeluar produk kesihatan yang terbaik di dunia.

"Proses penghasilan produk jenama ini mengambil masa yang lama kerana ia dilakukan secara terperinci disebabkan mahu memelihara kualiti untuk pasaran produk halal," jelas Pengurus Unit Bisnes Safwa Health Products, Normaziah Mohamed.

Tambahnya, walaupun logo halal itu diperoleh di negara pengeluar, ia sudah pun disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk pertanyaan lanjut berhubung Formula Lelaki, hubungi 03-5569 3522.

Process time in ms: 62