NEGARA
Empat maut MPV rempuh bas

KUALA KRAI – Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Negeri Kelantan terbunuh setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 107, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mereka yang terbunuh ialah pemandu, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56, Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 33, Anidah Mohamad, 55, dan Munirah Mohamad, 44. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua mereka difahamkan dalam perjala- nan pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri satu mesyuarat.
Menurutnya, kejadian ketika hujan itu berlaku ketika MPV yang di- pandu oleh Wan Mustafa diperca- yai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Katanya, akibat perlanggaran itu, MPV berkenaan remuk menyebabkan keempat-empat mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di seluruh anggota badan.
“Semua mayat mangsa yang masing-masing berasal dari Pasir Mas dan Kota Bharu berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk di bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluar- ga mereka selewat-lewatnya malam ini,” katanya semalam.
Tambahnya, pihaknya menahan dua pemandu bas terbabit yang berusia 35 dan 38 tahun untuk siasatan lanjut.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


