NEGARA

Calon SPM maut kejar peragut

Calon SPM maut kejar peragut


Ridzuan


KUALA LUMPUR - "Saya nampak dua lelaki menunggang motosikal Yamaha Lagenda menendang motosikal ditunggangi Mustakim.

"Sebaik motosikal Mustakim ditendang dia terjatuh bersama motosikalnya."

Demikian cerita Mohd. Ridzuan Mohd. Hussain, 19, mengenai nasib Mustakim Minsawi, 17, yang maut ketika cuba membantu satu pasangan yang menjadi mangsa ragut berhampiran Dataran Merdeka di sini semalam.

Katanya, dia dan beberapa rakannya terus menghampiri Mustakim yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat cedera parah di kepala.

"Kami menahan sebuah kereta dan menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dia disahkan meninggal dunia," kata beliau.

Mustakim merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah La Salle, Brickfields dan sepatutnya menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November ini.

Sebelum kejadian pukul 5.40 pagi, beliau dan rakan-rakan termasuk Mustakim sedang minum di sebuah kedai makan berhampiran Dataran Merdeka selepas mangsa baru pulang dari kerja sambilan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Telawi, Bangsar.

"Sedang kami makan, kami tiba-tiba terdengar satu pasangan menjerit meminta tolong berhampiran Dataran Merdeka.

"Mangsa yang melihat pasangan itu diragut dua lelaki bermotosikal terus beredar menunggang motosikalnya mengejar dua peragut yang menghala ke Bangsar," katanya.

Kata Ridzuan, beliau dan rakan-rakan tidak sempat berbuat apa-apa sebaik motosikal Mustakim ditendang oleh dua lagi lelaki lain yang juga menunggang sebuah motosikal.

Dua lelaki yang menendang motosikal Mustakim dipercayai rakan kepada dua peragut yang meragut pasangan di Dataran Merdeka.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Process time in ms: 62