FAMILI

Leo Baby of the Year 2008

Leo Baby of the Year 2008

Bayi berusia 22 bulan ini menjadi pilihan juri dengan keletah, bakat dan aksi bersahajanya di atas pentas.


SI COMEL Aisyah gemar merangkak dan sudah bijak memanggil ayah dan ibunya manakala ketika berada di atas pentas, ibu dan ayah melakukan aksi yang dapat menarik perhatian si kecil.


BIASANYA si comel hebat beraksi atau mudah berinteraksi bersama ibu bapa dan ahli keluarga ketika di rumah.

Ada sahaja keletah yang menghiburkan sehingga tidak kering gusi.

Adakah keceriaan si manja itu turut ditampilkan ketika berdampingan bersama orang lain?

Atau mereka mula menunjukkan reaksi kurang selesa apabila cuba dihiburkan oleh individu yang tidak dikenali?

Muhammad@Hassan, 24, yang berasal dari Kelantan mendaftarkan anaknya, Nur Aisyah Zahirah yang berusia 11 bulan dalam pertandingan Baby of the Year 2008.

"Saya ingin melihat perkembangan dan interaksi sosial Aisyah ketika berhadapan dengan orang ramai. Jika di rumah dia gemar merangkak dan bergembira bersama permainannya, begitu juga sewaktu beraksi di atas pentas.

"Walaupun disaksikan oleh penonton yang lain, Aisyah tetap meneruskan aktiviti bermain dan sesekali melemparkan senyuman. Nampak gayanya dia tidak takut atau malu. Selain itu, Aisyah juga suka mendengar muzik dan sudah bijak memanggil ayah dan ibu," jelas Muhammad mengenai anak perempuannya yang berambut kerinting


LEO didukung ibu, Chew Fong Seng diperhatikan bapanya, Louis Cheng.


Pertandingan Baby of the Year 2008 ini merupakan acara bayi terbesar dan paling berprestij anjuran jenama Johnson&Johnson.

Menurut Pengarah Urusan Johnson&Johnson Sdn.Bhd., Joyce Lee, pertandingan bayi yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan mencari bayi paling comel dan sihat di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada tahun 1992, golongan ibu bapa menunjukkan sokongan positif dan memberangsangkan. Sehinggakan, pertandingan bayi Johnson terus kekal sehingga 16 tahun. Ia menunjukkan bahawa ibu bapa begitu teruja untuk meraikan permata hati mereka.

"Sebagai rakan sekutu dunia Olimpik 2008 Beijing, Johnson&Johnson memahami dan memainkan peranan penting dalam memupuk ibu bapa melahirkan kasih sayang dalam kehidupan anak-anak. Terutamanya hubungan erat antara ibu dan bayi yang terjalin menerusi penjagaan dan kasih sayang tanpa batasan.

"Pada tahun ini kami menerapkan semangat sukan Olimpik dalam peraduan bayi Johnsons, Baby of the Year 2008. Gembira melihat keprihatinan dan kesungguhan ibu bapa melatih anak-anak supaya menampilkan aksi yang cemerlang ketika bertanding. Ibarat jurulatih sedang memberi tunjuk ajar kepada para atlet dunia," jelas Lee yang menyatakan ketiga-tiga pemenang menerima pingat emas bernilai RM1,000 setiap satu.

Secara rasionalnya pihak Johnson&Johnson mengambil inisiatif menganjurkan acara ini kerana setiap masa mereka begitu komited dalam menggalakkan perkembangan bayi sihat di Malaysia.




Sekitar tahun 1992, mereka tekad mengadakan peraduan pengguna yang berkait dengan bayi. Pada yang sama memberi peluang kepada ibu bapa bergembira dan menggalakkan mereka untuk memberi penjagaan yang terbaik buat permata hati mereka.

Sebelum melayakkan diri ke pusingan akhir, kumpulan bayi comel ini perlu berjaya melepasi pusingan separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, seramai 20 peserta bayi yang disenaraikan, dinilai berdasarkan kesihatan fizikal dan penampilan diri.

Bukan itu sahaja, lebih istimewa apabila kanak-kanak ini dinilai menerusi tahap perkembangan mental dan sosial mengikut umur masing-masing.

Tumbesaran dan kecerdasan kanak-kanak dapat diperhatikan setiap kali umur mereka meningkat. Antara kriteria kanak-kanak cerdas ialah mahir menguasai bahasa atau bercakap pada usia yang terlalu awal.

Rata-rata yang berusia tujuh bulan ke atas sudah mampu menyebut mama, papa dan mengenali permainan mereka sendiri seperti bola, kereta, belon, papa serta banyak lagi.

Pada pusingan akhir, 10 orang finalis dinilai berdasarkan personaliti diri dan ragam beraksi di atas pentas, sambil disaksikan oleh ratusan penonton yang berasa di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya. Sebaik sahaja dipanggil ke atas pentas, si ayah mahupun ibu mula melakukan aksi yang dapat menarik perhatian si anak.

Pelbagai aksi dan keletah yang dipertontonkan oleh si comel mengundang ketawa penonton dan barisan panel hakim.


PARA pemenang bergambar gembira bersama hadiah yang dimenangi.


Pada segmen ini para peserta perlu berusaha menonjolkan daya tarikan yang tersendiri seperti peragaan pentas (menari, berlari, bermain) atau peragaan merangkak (bagi bayi yang belum mampu berjalan).

Leo Cheng Kai Ven, 22 bulan antara bayi yang mendapat tepukan yang gemuruh kerana begitu aktif ketika menunjukkan bakatnya bermain bola sepak. Lebih menarik apabila lagu kegemarannya dimainkan, dia mula menari dan ketawa, kemudian menyambung kembali aksi bola sepaknya.

Ragamnya itu telah berjaya memikat hati juri untuk yang terdiri daripada pakar kanak-kanak. "Bola dan Leo memang sukar untuk dipisahkan. Setiap hari dia akan bermain bola dan menari mengikut rentak lagu kanak-kanak yang diminati.

"Tahun lepas kami turut memasuki pertandingan yang sama, tetapi hanya berjaya ke peringkat separuh akhir. Tidak sangka pula tahun ini, Leo berjaya dinobatkan sebagai Baby of the Year 2008," kata bapa Leo, Cheng Sze Yik, 33, ketika ditemui Kosmo!.

Sementara itu, Yeshwa Raam, 14 bulan dari Pulau Pinang berjaya memenangi tempat kedua manakala Nur Aisyah Zahirah Muhammad, 11 bulan, memenangi tempat ketiga.

Infiniti!»

Terbang, rakam dan analisis imej

PELAJAR UTM (dua dari kiri) menerangkan bagaimana UAV dikawal menggunakan perisian khas dari paparan skrin komputer.

Varia!»

Belia Islam Belgium kunjungi Terengganu

TERUJA. Ahli-ahli belia islam Belgium tidak ketinggalan mencuba memainkan alat muzik tradisional

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16