NEGARA

Penghantar surat khabar ditembak

Penghantar surat khabar ditembak


BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat K. Subramaniam yang ditembak semalam.


KAJANG - Seorang penghantar surat khabar mati ditembak dengan tiga das tembakan di dada dalam satu kejadian di Kampung Rinching Tengah Beranang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, kira-kira 50 naskhah surat khabar dari pelbagai syarikat yang dibawa K. Subramaniam, 37, bertaburan di hadapan sebuah rumah yang merupakan pelanggan tetapnya.

Walaupun polis masih menyiasat motif sebenar tetapi kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa.

Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hassan berkata, sebelum kejadian itu, mangsa sedang menjalankan kerja rutinnya iaitu menghantar surat khabar kepada pelanggannya di kawasan tersebut.

"Sebaik tiba di hadapan rumah itu, mangsa dihampiri oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 memakai topi keledar dengan penutup penuh lalu menembaknya dari jarak 0.61 meter.

"Sebanyak lima das tembakan dilepaskan dari pistol automatik jenis .9mm dan tiga daripadanya mengenai dada mangsa manakala satu terkena baju dan satu lagi tersasar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Rencana Utama!»

Pembuat coklat Upin & Ipin

SELEKSI coklat berperisa yang menjadi antara produk paling laris keluaran OAM Food Industries.

GenK»

Impian buka akademi lumba motor

Muslim (kiri) dan Siti Zainab sentiasa menyokong perjalanan karier Siti Fatimah.

Varia!»

Unsur patriotisme dalam karya abstrak

Dari kiri, Nazatulnisa, Zaharin dan Abdul Azim antara pelukis yang menjayakan pameran Abstrak Merdeka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31