RENCANA UTAMA

Santan segera tahan lebih lama

Santan segera tahan lebih lama


PRODUK santan segera boleh didapati dalam pelbagai jenis dan perisa di pasaran.


SYARIKAT S&P Food Industries (SFPI) Sdn.Bhd., yang menghasilkan santan moden sejak 1983 merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluar dan menjual serbuk krim kelapa segera. Lebih membanggakan, santan segeranya telah dipasarkan di 30 buah negara.

Ini termasuklah Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, China, Jepun, Eropah, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Australia dan banyak lagi. Malah, statistik penjualan santan SPFI di luar negara jauh lebih tinggi. Ia mencatatkan sebanyak 65 peratus manakala 35 peratus bagi jualan pasaran tempatan dalam tempoh 12 bulan.

Pengurus Jualan dan Pemasaran S&P Food Industries (SPFI)(M) Sdn.Bhd, Jang Sheu Boon Albert, mengakui ramai yang beranggapan santan segera mengandungi pengawet dan perasa tiruan kerana ia tahan lama tanpa diletakkan di dalam peti sejuk.

"Santan keluaran SPFI tidak dicampurkan sebarang bahan pengawet atau perasa tiruan. Ia seratus peratus asli kerana dihasilkan daripada buah kelapa gred tinggi yang ditanam di Bagan Datoh, Perak.


MESIN pemprosesan santan moden yang diimport dari Eropah.


"Kilang pemprosesan juga terdapat di sana bagi memudahkan buah kelapa yang dikait terus dihantar ke kilang untuk diproses segera. Ini kerana buah kelapa begitu sensitif dan mudah terdedah dengan bakteria," jelas Albert sambil memberitahu santan segera tahan selama dua tahun pada suhu normal.

Menurutnya, santan segera mampu tahan lama kerana cara pembuatannya menggunakan teknologi canggih dan moden. SPFI juga berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan pengeluar santan segera terbaik apabila berjaya mengungguli beberapa anugerah daripada pihak kerajaan.

Antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Eksport Dagangan (1997), Anugerah Barangan Terbaik (1985) dan Anugerah Barangan Cemerlang Kerajaan Malaysia (1985) serta disahkan halal oleh Jakim.

Selain mendapat sambutan dalam kalangan pengguna tempatan, pelajar Malaysia yang berada di perantauan juga menggunakan santan segera.

"Dengan munculnya santan segera ini di pasaran, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban orang ramai khususnya suri rumah. Mereka tidak perlu ke pasar setiap hari untuk mendapatkan santan. Santan asli perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan dimasak segera kerana cepat rosak.

"Anda boleh membeli santan segera sebanyak 20 paket dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Santan segera SPFI juga selamat untuk kesihatan kerana ia bebas kolestrol, terutamanya santan segera Omega 3," ujarnya.

Selain serbuk krim kelapa segera perisa asli dan Omega 3, pengguna juga berpeluang mendapatkannya dalam perisa pandan.

- IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Infiniti!»

Belajar bersama program TV

HUSNA FATIHAH (kiri) dan Muhd. Harith Fahmi teruja menggunakan aplikasi UPSR iBuddy.

Varia!»

Elemen nasionalisme dalam lagu

MONOLOQUE meluahkan rasa cinta terhadap kebudayaan tanah air menerusi lagu-lagu ciptaan mereka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16